(¯`v´¯)♥♥
`•.¸.•` Assalamu'alaikum wr wbღ♥
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
`•.¸.•` Assalamu'alaikum wr wbღ♥
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Esok bermulalah Peperiksaan UPSR 10/09 -12/09/09/2013
Selamat menduduki UPSR kepada murid-murid tahun 6 di seluruh negara amnya, SK Seksyen 19 khasnya. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan berhati-hati. Kepada anak-anak sekelian, jangan lah menganggap pendidikan yang diambil itu hanya semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Jadikan ia bekalan untuk mengharungi dunia akan datang. Walaupun subjek agama Islam tiada dalam peperiksaan penting seperti itu, jangan sekali-kali menganggap ianya TIDAK PENTING. Malah pendidikan Islam lah tiket utama untuk anak-anak mengharungi dunia apatah lagi ianya merupakan bekalan utama untuk ke akhirat kelak. Kepada ibu-bapa, janganlah hanya menunggu musim peperiksaan sahaja baru nak solat hajat untuk anak-anak. Itu pun tunggu sekolah anjurkan baru nak buat. Itu pun ada juga ibu-bapa yang tidak hadir. Malah ada juga yang hanya mendoakan agar anaknya lulus cemerlang dalam peperiksaan. Sebaiknya doakanlah mereka lulus cemerlang dalam ujian dunia dan akhirat. Ingat, anak-anak adalah saham anda. Tiada harta paling bernilai yang akan anda tinggalkan melainkan doa anak-anak yang soleh. Mana mungkin mengharap doa anak yang soleh jika dalam bab agama anda toleh-menoleh. Tak wajib jadikan anak anda seorang ustaz mahupun ustazah. Tapi wajib memahamkan mereka dengan ilmu agama. Biar jadi doktor yang beriman, peguam yang beriman, polis yang beriman, askar yang beriman dan lain-lain pekerjaan sekalipun asalkan ada IMAN.
Kepada anak-anak yang ingin menghadapi peperiksaan, boleh lah amalkan doa-doa ni. InsyaAllah boleh menjawab dengan hati yang tenang dan dipermudahkan segala soalan.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.