Pages

Tuesday, 10 September 2013

MY RECIPES 34: Hokkaido Chiffon Cupcake

 Salam Semua;)

 ❤ Hokkaido Chiffon Cupcake  ❤

Bersiaran lagi di awal pagi selasa.Ni nak melaksanakan janji dengan rodong2 yang nak resepi kek yang tengah melatop sekarang nie.Dah belajar rugi tak mencuba ater apa lagi, teman sakan mengodak barulah terlaksana di dapur sendiri... ya ampunnnnnn.... sedap tak terkata! en.cayang yang penggemar kek setiap kali isteri membuat pon boleh kata sedap dan berulang kali dier makan.... nampaknyer ini kek kesukaannya. manisnyer pon sedang sedang.. boleh la buat lagik pas nih... hehehehe..Bila gigit kek terkena kastard dan terasa masam2 buah tu yang nikmat tak terkata..Mmmmmmm

Agak2 mana yang tak sempat nak buat dan tak ada oven mai tempah dengan akak (ayat boleh blah...) hahahahahaha


Bahan-bahan
5 biji kuning telur
25gm gula caster
50 ml susu full cream
50 ml minyak jagung
90 gm tepung superfine
1/2 tsp  baking powder

5 biji putih telur
1/2 tsp cream of tartar
90 gm gula caster
250 gm Instant custard
150G whipping Cream
500 ml air sejuk

Panaskan oven pada suhu 170 C
Guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Telur kuning dan gula caster gaul sebati.
Masukkan minyak jagung dan susu full cream gaul sebati.
Masukkan tepung superfine dan serbuk penaik gaul sebati.

Kembangkan telur putih,Gula caster dan cream of tartar.
dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam  cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas cupcake utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 20-25 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Biarkan kek sejuk
cupcake saiz besar -17 pcs


Kembangkan whiping cream.
Instang custard gaul dengan air sejuk.
Masukkan whipping yang dah kembang, gaul sebati.

Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
Pump ke dalam cupcake dan ayak gula aising atas cupcake.
 Dah..korang cuci la mata dulu ek..Hehe.

Tips:
 simpan dalam esbok makan sejuk lagi...nyummmm

~Selamat Mencuba ~

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.