(Sesuai untuk breakfast and hi-tea. Makan dgn mushroom soup lagi sedap!)
Ni resepi yang dijanjikan...
Bahan2:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil
Garlic Spread
50 gram butter
2 sudu daun ketumbar cincang halus2
5 biji bawang putih di cincang halus2
- Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini. Siapp.
Cara buat roti:
- Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
- Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 - 45 minit.
- Doh akan naik sekali ganda.
- Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
- Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
- Kemudian bahagiakan doh kepada 2 bahagian.
- Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inci tebal berbentuk empat segi memanjang.
- Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung.
- Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
- Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan.
- Kita akan mendapat 8 potongan doh
- Susun doh dalam tr yang telah di sapu dgn butter hingga habis
- tutup semual doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
- Angkat kain lemabab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi.
- Sapukan kuning telur pada permukaan doh taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
- Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 30 minit.
Walaupun ada sedikit kesakitan untuk membuat dan tidak kelihatan cantik seperti yang saya harapkan, kita masih ingat kamu decadently deliciou. Kita akan berjumpa lagi. Love uolls
~Selamat mencuba ~
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.