Udang Galah ni dimasak cara yang paling simple tapi yang paling sedap ikut citarasa kami sekeluarga la . Udang ni pemberian makandak time balik raya beli dari peraiah kg so memang segar dan harganya cukup murah sekilo RM50 . Sekarang ni musim udang bertelur so isinya banyak dan sangat-sangat manis , alhamdulillah sedap ^_^
❤ Udang Galah Lemak Cili Padi❤
BAHAN-BAHAN :
2 kiloUdang Galah
1 biji kelapa ~ 4-5 cawan santan - kalau tak cukup tambah sikit lagi
Cili api
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping
CARA MEMASAK :
Bersihkan Udang   . Semua cili padi dan kunyit hidup  ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan  dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih  . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping . Kacau kuah  sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak Udang ni akan  bertukar warna .





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.