WordLess WedNesday 38#


Selamat Hari Buruh 010514

Selamat pagi semua ! hehe. Esok suda bulan mei oh, raya tak lama lagi wehhh. Di kesempatan ini, maszie nak ucapkan selamat hari pekerja pada korang yang isnin sampai jumaat kerja je kerjanya. Bekerjalah dengan penuh keberkatan ye? ye? ye?.





haha.. memang takde makna cuti bekerja bagi surirumah kan .. apapun selamat hari pekerja semua.. 

Inspiration 43# KACANG MUKA


Usah terbuai dan asyik pada PUJIAN. 

Hakikatnya PUJIAN adalah UJIAN buat diri daripada Allah Azza Wa Jalla. Apakah diri ini semakin dekat atau jauh daripadaNYA. Berhati-hatilah wahai diri.




Sources:
Victor Nunes

Dapat Souvernir dari Thailand...:)

Yippie! dapat souvenir lagi. Dapat gak "tempias" dari org yg ke negeri org..hehe. Actually, my  aunty weols gi thailand selama seminggu. 


Hehehe...hepi je ibu  bulat ni bila dapat souvenir dari aunty :) Ye lah...barang pemberian org maa...harus kooo hepi. Dan dan lagi if yg memberi souvenir tu aunty muda dari anak buah ^_- Hikss. 



(banyaknya mcm nak niaga)
setahun xbeli sabun...

OILY SPA SALT [SCRUB BADAN] 500GM




Beraneka Jenis [500 gram]
-Milk
-Honey
-Mixfruit
-Tomato
-Oren
-Aroma(Bunga)
-Kunyit
-Asam Jawa
-Carrot
-Timun




mandi pakai sabun nie percayalah anak buah bertambah muda dari auntynya...:')

KETAHUI SUKATAN SAJIAN MAKANAN ANDA

Kita telah didedahkan dengan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan pemakanan secara seimbang dan sihat. Di piramid makanan tersebut, ada dinyatakan saiz sajian yang perlu diambil bagi setiap kumpulan makanan dalam sehari. Namun, adakah anda tahu apa itu sajian? Bagaimana nak kira bilangan sajian sesuatu makanan itu?

Setiap kumpulan makanan telah dianggarkan saiz hidangan dengan bilangan gram yang ditetapkan seperti berikut :
1) KARBOHIDRAT (nasi, mi, kentang, tepung dll) = 15g Karbohidrat (1 Sajian)
2) PROTEIN (ayam, daging, telur, ikan, keju dll) = 7g Protein (1 Sajian)
3) LEMAK (minyak, butter, santan dll) = 5g Lemak (1 Sajian)

Berikut merupakan contoh makanan beserta dengan saiz sajian :

1) 1 Sajian = 15g Karbohidrat

Makanan Gandum / Berkanji
Nasi : 1 senduk, 2/3 cawan
Nasi Bubur : 1 cawan
Mi Kuning : 1/2 cawan
Roti Putih / Mil Penuh : 1 keping
Biskut kraker (segi empat sama) : 6 keping
Ubi Kentang : 1 biji bujur (7 x 4 cm)

Buah-buahan
Betik, Tembikai, Nenas, Tembikai Susu : 1 potong
Mangga, Epal, Lai, Limau (Oren), Pisang Berangan, Ciku : 1 biji
Jambu Batu : 1/2 biji
Rambutan : 7 biji
Anggur : 8 biji
Kurma : 3 biji
Duku : 6 biji
Durian : 3 ulas

2) 1 Sajian = 7g Protein

Ayam : 1 ketul (utk setiap bahagian peha, dada, kepak, thigh, drummet)
Daging : 1 ketul saiz kotak mancis (3 x 4 x 2.5 cm)
Ikan : 1 ekor sederhana (200 x 50 cm) - kembung, selar, kerisi, sardin
Telur : 1 biji (semua gred kecuali gred AA)
Tauhu : 1 keping
Sotong : 1 ekor
Udang merah ros : 10 ekor (sederhana)
Keju : 2 keping nipis

3) 1 Sajian = 5g Lemak

Minyak Masak : 1 sudu teh
Marjerin : 1 sudu teh (aras)
Santan Kelapa : 1/4 cawan
Kacang Tanah : 1/3 cawan
Kelapa Parut : 2 sudu makan (membumbung)
Mayonis : 1 sudu teh (membumbung)

4) Sayur-sayuran Hijau (1 Sajian) = Bebas Kalori

Sayur daun hijau : 1 cawan (mentah), 1/2 cawan (masak) - sawi, bayam, kangkung

Nilai sukatan sajian ini kadangkala sukar untuk dikira disebabkan penggunaan ukuran isi rumah seperti cawan, sudu teh, sudu makan, senduk yang berbeza.
Di sini, terdapat beberapa panduan mudah untuk anda sendiri mengira berapa sukatan sajian makanan anda dengan hanya menggunakan tangan anda!
1 ounce = 28g
1 teaspoon = 5ml / 5g
Gunakan tangan anda untuk anggarkan saiz makanan anda.
Merujuk kepada gambar di atas, satu saiz penumbuk (fist) bersamaan dengan 1 cawan. Jika diambil contoh nasi, 1 sajian nasi ialah 2/3 cawan, maka anda telah mengambil 1 suku sajian nasi.
Begitu juga dengan penggunaan marjerin, satu tip ibu jari bersamaan dengan 1 sudu teh, jadi jika anda mengambil marjerin mengikut saiz tip ibu jari anda, ia sudah cukup dikira 1 sajian.

Contoh Ukuran Isi Rumah :
Cawan, sudu teh, sudu makan, gelas dan lain-lain

Sekarang, kiralah berapa sajian yang perlu anda ambil dalam sehari dengan cara mudah ini.
Sajian dalam sehari boleh dirujuk di Piramid Makanan Malaysia di sini 


Sumber :
Atlas Makanan : Saiz Pertukaran & Porsi

JADUAL LAWATAN PRESIDEN BARACK OBAMA KE MALAYSIA 26 APRIL 2014



Jadual Lawatan Presiden Barack Obama Ke Malaysia 26 April 2014
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sedang melakulan lawatan ke empat negara Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Filipina dan Malaysia. 

Beliau dijadulkan tiba di Malaysia pada hari Sabtu untuk lawatan tiga hari. 

Lawatan ini adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan, dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menarik perhatian kepada hubungan baik antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan presiden Amerika ke-44 itu.

"Ini akan memastikan perbincangan dua hala berkaitan ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat kepada rakyat adalah terbuka, konstruktif dan produktif sambil kita meneliti cara untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada suatu perkongsian komprehensif," katanya.



Inspiration 42# Baby Corn



How much imagination ... congratulations


"Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda."

Sources:

Victor Nunes

Corak Kek



Kek sentiasa seronok untuk membakar jadi mengapa tidak membuat mereka seronok untuk melihat, halusss! Ini kek mengajar anda cara-cara untuk mewujudkan corak (dan lazat) kek untuk menarik perhatian rakan-rakan dan keluarga sama-sama. Sesuai untuk , hari lahir, makan malam, atau hanya untuk mengejutkan seseorang yang istimewa!

 
Berikut adalah teknik bagaimana untuk mencipta kek pelangi ini!(link)

Corak pangkat ketenteraan mudah dilakukan menggunakan fondant! (link)


Buat berjalur menegak ini, kek berwarna-warni di sini!



Belajar bagaimana untuk membuat kek 'Cetah' (dan lain-lain) di sini! (link)


Belajar bagaimana untuk membuat kek ini hebat untuk hari jadi anak-anak di sini! (link)

Belajar bagaimana untuk membuat kek ini indah ombre corak di sini! (link)

Surprise tersayang dengan hati dalam cupcake mereka! Ketahui bagaimana untuk membuat (link) 


                               















Ini zebra kek berjalur adalah menghairankan mudah! Cubalah! (link)


 Ini kek pangkat ketenteraan corak mempunyai corak yang dibakar ke dalam kek! Percubaan untuk membuat anda sendiri di sini (link)

Jadikan ini funky polka dot kek dan ia terikat untuk membuat semua orang tersenyum! (link)

Ini adalah satu idea yang hebat  bagaimana untuk mendedahkan jantina bayi ! Anda boleh menggunakan teknik yang sama seperti polka dot kek di atas untuk memastikan ia semua kek, gunakan teknik ini dan isi dengan aising dicelup (link)

 Anda kini boleh mengatakan anda betul-betul perasaan kasih sayang ke dalam kek anda! Berikut adalah tutorial!

Ia adalah  kek hari jadi  ... Cakeception. Jadikan ini kek hari jadi corak roll kek sini!


Bagi keseluruhan tutorial sila semak di sini

SUMER :Google


Inspiration 41# BOLA BESI


Bila kita baca sesuatu yang baik cuba apply pada diri kita dan keluarga bukan cari kesalahan orang. Biar kita sibuk mencari keaiban diri sehingga tiada masa dan tenaga melihat kesilapan orang. Bila kita menjadi baik dan penuh kasih sayang maka kita akan menjadi contoh kepada keluarga dan kawan kita dan sedikit demi sedikit kita mengubah mereka. Dunia dalaman kita menentukan dunia dalaman kita. Kalau kita nampak banyak kejahatan ertinya kita banyak kejahatan dalam diri kita

Sources:
Victor Nunes

Lirik Lagu Percaya – Hazama ft Dina Nadzir


Berlalu awan langit nan suram
Membawaku cahaya baru
Hari semalam ku lepaskan
Esok hari bawa harapan
Teruskan
Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang dihati
Terus gagah melangkah
Pasti
Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti
Percayalah
Selamanya
Hentikan semua air mata
Tuhan sentiasa bersama
Segalanya akan berlalu
Pulang aku pasti padaMu
Yang Satu
Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang dihati
Terus gagah melangkah
Pasti
Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti
Percayalah
Selamanya
[2x] more lyrics at http://ohlirik.com
Biarpun jauh dari mata
Takkan hilang dihati
Terus gagah melangkah
Pasti
Hari hari yang ku lalui
Pada Tuhan ku berdoa
Waktu kan mengubati
Pasti
Percayalah
Selamanya
[2x]
Ku takkan biar kau sendiri

WHEN




Hiduplah sebagai mana yang engkau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati. Cintailah kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya, dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.


- Imam Al- Ghazali

Pusing KL hujung minggu...

Aku tak rancang lama pun benda alah ni...

Minggu lepas tiba-tiba terasa nak pergi berjalan-jalan...kebetulan en.cayang cuti 4 hari,lama tak menjengah kesibukan kota raya, Kuala Lumpur.

Surf internet tengok apa yang best jalan-jalan sekitar KL...

So macam-macam keluar, dari Pavilion, Suria KLCC, lOT 10, Bukit Bintang, Berjaya Times Square, dan lain-lain.Sambil tu terus shopping untuk raya...

Tapi dalam kepenatan pusing2 kami singgah LUNCH di Restoran Rasa Utara .





Bersih dan kemas. Pelayan pun nampak macam orang tempatan, baguslah. 
Oh, Rasa Utara ni actually Tun Mahathir punya! Tak pernah tahu pun, ingatkan The Loaf je. 



Dan ketiga tiga set datang dengan sayur dan masak lemak cili api kacang panjang...Nasi Putih + Rendang Daging


Nasi Putih + Ayam Masak Merah

Nasi Putih + Sotong




Harga? Main course tu range dalam RM13.00 - RM15.00. A bit pricey actually, tapi kalau sedap ape salahnye kan? 


Ape lagi? Cepat la pergi try
Satu je la kalau nak pergi sini,pakai selipar jamban atau flipflop yang sewaktu dengannya selipar jepun sama jekla kan bawak hand sanitizer, bawak towel or handkerchief bagi yang kuat peluh, bawak air kosong, bawak kamera , dan bawak duit extra je la (nama pun berjalan-jalan).


Date of my visit        :  April 19,2014
Where is this Place  :   G-12, 13, Ground Floor of Berjaya Times Square
Is there a Website    :  No, could not found one
Price Range             :  Low for Breakfast
Type                         :  Dining 
Will I go again         :  Sure
Map                          : Berjaya Times Square seperti di bawah


selamat berjalan-jalan di hari minggu! ~_^

Inspiration 40 # SAMPUL COKLAT







I like a lot! : D thanks for your fantasy! Victor Nunes



"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan"

Sources:
Victor Nunes

WordLess WedNesday 37#

Heppy Belated  Birthday



PLATE daerah Ku

plate daerah ku MZ
Pemasyhuran Daerah MARAN

NO.40

Waktu balik kampung cuti sekolah bulan lepas ,tiba2 BONDA kasi plate ni.Thank you BONDA plate ni bonda beli time perasmian...31 tahun dah....Time nie aku baru darjah 6 .Rupa rupanya aku suka kumpul benda alah nie minat datang dari bonda.Time nie aku tak pikir plate nie lagi ...suka kumpul stem .Bonda suruh aku simpan lagi selamat dalam galeri rumahku, rumahnya al maklum ler anak cucu dah ramai sayang katanya ...

keep smiling :D

Inspiration 39 # SIKAT


 “Apa yang seseorang lakukan dalam kehidupan sosialnya adalah cerminan daripada kehidupan peribadinya” – Steven R. Covey



Sources:
Victor Nunes

Tepung Premix



Puasa nak dekat ...Amboi Kak Ton nak raya jer gelabah nak buat cookies untuk yang berlainan setiap tahun....haruslah kan Kak Ton mana boleh ketinggalan mesti nak hidangkan cookies yang paling hot setiap tahun ...korang jangan pening2 tak penat pon...yang tak pernah buat atau bakar kuih raya pon boleh buat ...hahaha.Tahun nie tak main lah kuih tunjuk2 mai kita bakar sendiri...bakar penuh kasih sayang... Eh! kena lah bijak memikat hati suami untuk Mak Bondanya hantar berbalang kuih hasil air tangan sendiri....(bukan berbalang2 kuih tunjuk2...) pagi raya  cium tangan suami, pasti dapat duir raya lebih tahun nie...masak makanan kesukaan, gosok baju licin2 baru nak mintak apa2 senang...hahahaha. (baiknya aku...tak2 Kak Ton buat sepenuh hati tanpa mintak balasan) 

Hari ni Kak Ton nak hasut korang semua beli tepung premix  ...tak lah menghasut terpulanglah kat korang nak beli ke tak..cuci2 mata pun tak apa...tapi kalau tak beli rugi lah sebab Kak Ton nak perkenalkan korang seorang peniaga tepung premix yang sempoi dan giler2. Lagipun pun raya nak dekat kena ada cookies yang matching dengan balang kuih raya dan warna tema baju...kihkihkihakah

Memperkenalkan kawan baik Kak Ton...Shida Hashim .Bila korang dah kenal Shida nie yang tak minat dan tak tahu buat kek,air skrim atau dessert  terus jatuh cinta hari2 nak mengodek tepung mix di dapur...awesome homemade dan ada lebih 180 jenis tepung mix yang terlajak laris ...yang nak kan tepung atau jadi pengedar tepung nie sila ke Hanie-Rich-Cake-House & fb/nor.rashidaRasanya macam tu lah kot...Kak Ton tak berapa pasti...kalau nak tanya lebih banyak info pasal tepung  ni nanti kak ton bagi contact details korang tanya lah yek. 

 SHIDA HASHIM
012-481 2892
nor.rashida@gmail.com



Inspiration 38 # COCO




 “Bukanlah yang dikatakan kaya itu adalah kaya harta benda, tetapi hakikat sebenar kaya adalah mereka yang kaya jiwa (budi pekerti)” – Nabi Muhammad S.A.W


Sources:
Victor Nunes
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in