MERENDAM DAN MELEMBUTKAN SOTONG KERING
Bahan-bahan :
Sotong kering
Air abu
Air paip
1. Masukkan air abu dan air paip ke dalam bekas untuk merendam sotong kering. Nisbah campuran air abu kepada air paip adalah seperti berikut... 1:10. Maknanya 1 bahagian air abu dicampur dengan 10 bahagian air paip menggunakan penyukat yang sama.
2. Masukkan sotong kering yang keras lagi tu ke dalam campuran air tadi dan biarkan direndam selama 6 jam.
3. Setelah 6 jam, sotong dah pun kembang. Keluarkan sotong dan buang campuran air tadi.
4. Rendam pula sotong dengan air panas atau suam untuk lebih kurang 1 jam. Kemudian bilas sotong tadi. Bolehlah dimasak atau disimpan ke dalam freezer(sejuk beku).
Sesiapa yg tak kenal Air abu tu pic di atas . Rupanya sama seperti air paip.Boleh didapati di kedai runcit , kedai senseh dan kedai bahan bekalan bakery juga.
selepas kejadian rendam dan sauna nie hasilnya...:D
wah..lama tak folow blog ni cantik lah ....nice info,he he...masak sambal sotong kering ,memang sedap nih... :)
ReplyDeletethank syuhada ....fav akak sotong nie entry nie utk peringatan akak juga...:D
DeleteSaya tak berapa minat sotong.. tp klu ada ttp akan makan juga.. nice sharing kak Mas.. :)
ReplyDeletethank Khir, ~_^
DeleteLama x mkn sambal sotongkerinvg ni. Mkn dgn nasi lmak sdap ni...
ReplyDeletesedapppp sehingga menjilat jari ....
DeleteKena tau juga caranye... kalau tak, jadi sotong getah la ye. Saya tau makan jer...hehe
ReplyDeleteKalau jumpa sotong getah ni, bolehlah saya perturunkan ilmu ni... :D
kalau mkn sotong getah kenyang sepanjang hidup :-
Deleteehehehehe...part tayar basikal itu ku tergelak membacanya..tapi ade je kan yang jual dah siap2 kembang kan...ku x pandai masak sotong ni..salu masak anak-anak sotong tu je.. :D
ReplyDeleteBoleh juga REBUS dlm PRESSURE COOKER selama setengah jam. So tak perlu tambah other chemicals. Air rebusan sotong boleh di reduce utk buat stock dan seumpama dgnnya. Selamat mencuba.
ReplyDeleteMemang sedap makan sambal sotong ni dgn nasi lemak
ReplyDelete