Apakah perkara yang paling bahaya dalam hidup ini? Keburukan kita bukan keburukan orang lain kerana semua keburukan kita seperti makanan tidak sihat akan membahayakan kesihatan kita, emosi yang buruk akan menghilangkan kebahagiaan kita, dosa yang banyak akan memasukkan kita ke neraka. Jadi kita nak sibukkan diri nak ubah diri orang lain atau nak ubah diri sendiri? Sama kita fikir dan audit diri dan berdoa diberi kekuatan untuk melakukan perubahan. Jangan kita sibukkan diri mencari benda yang kita mahu tetapi sibukkan diri mengelakkan benda yang paling merbahaya yakni dosa dan keburukan diri
Ramai yang menginginkan kebahagiaan tetapi tidak membahagiakan orang lain. Ramai juga menginginkan jodoh yang baik tetapi tidak memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik. Ingat, Apa yang kita ada dan beri,itu yg kita akan dapat (Prof Dr Muhaya)
Jom bahagia dan membahagiakan diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling dengan perubahan paradigma hidup kita. Ikuti program dan seminar bagi mencari ilmu memperbaiki kelemahan diri (Prof Dr Muhaya)
Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini bukan syurga. Namun tugas kita ialah apa respon kita terhadap masalah itu. Jika respon positif, inshaAllah masalah akan dihadapi secara positif
Emosi adalah satu komponan yang penting dalam diri manusia yang tidak boleh dipendamkan begitu sahaja, dan mesti ada kawalan (minda) yang boleh mengawal emosi kita supaya kita hanya melakukan emosi yang positif sahaja. Kita kena kenal emosi kita dahulu dan seterusnya kenalilah emosi orang sekeliling kita. Orang yang memiliki kecerdasan emosi, akan boleh atau dapat membaca emosi orang, sebab manusia bertindak berdasarkan emosi.
Tidak ada orang boleh mempengaruhi perasaan kita jika kita tidak membenarkannya. Walau macam mana negatif tindakan mereka, ambil tanggung jawab untuk proses apa yang berlaku sebagai pelajaran. Kita akan di layan sebagaimana kita mengajar orang lain melayan kita.
Kita akan gembira hari ini jika kita bersyukur semalam. Jika kita bersyukur hari ini , inshaALLAH kita akan bahagia hari esok. Jom jadi insan yang bersyukur.
Jom cari kesilapan diri. Kalau kita nampak banyak salah dan kekurangan diri, itu adalah jalan penyelesaian masalah. Tetapi , kalau kita asyik nampak banyak salah orang, itulah masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. (PROF DR MUHAYA)
Kalau kita beranggapan bahawa kehidupan ‘berlaku ke atas’ kita, sebenarnya kita berasakan diri kita menjadi ‘mangsa’. Tetapi, kalau kita beranggapan, kehidupan ‘berlaku melalui’ kita, maknanya kita membuatkan kehidupan berlaku dengan terkawal dan kitalah yang mengawalnya. Segala kerja dan kehidupan dilakukan atau dilalui secara suka rela, serta tiada sesiapa pun yang memangsakan atau menjadi mangsa. (PROF DR MUHAYA)