Showing posts with label Million Aura. Show all posts
Showing posts with label Million Aura. Show all posts

Kebaikan Mandi Ais





          MANDI ais juga dapat membantu seseorang menjadi lebih kurus.(i like...)

Mungkin kawan-kawan sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.
Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

SEMINAR TERAPI

24 hb Januari 2015

SEMINAR DAN TERAPI RAHSIA AURA PERNIAGAAN 


Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Seminar Rahsia Aura Perniagaan (RAP) yang di anjurkan oleh pihak Million Aura Consulting & Training Sdn Bhd merupakan tempat Allah ketemukan cinta-cinta hati saya.
Sahabat-sahabat wangi yang sentiasa positif dalam kehidupan. Kita nak jadi insan yang hebat, haruslah mendekati insan-insan hebat.
Dengan siapa kita berkawan, menentukan siapa kita di masa akan datang. Jika masih di takuk lama, mana mungkin akan berganjak jika tiada usaha.
Namun, sentiasa berpijak lah di bumi yang nyata. Ingatlah pada insan-insan yang menjadi kan siapa kita hari ini.
Seminar Coach Nooraizan Zie sememangnya menjadikan saya seorang insan yang lebih banyak berfikir. Bersyukur dengan nikmat Allah.
Allah izinkan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ini untuk menjadi lebih baik pada pandangan Allah.
Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah, anda juga akan dapat lihat, dengar dan rasakan sendiri perubahan dalam hidup anda selepas menghadiri seminar ini.





No.90  Alhamdulillah Dapat Lucky Draw 


Yang dah lepas biarkan berlalu...
Yang akan datang adalah rahsia illahi....
Nikmati apa yang ada sekarang....
Istiqomah..

Ada yang berminat nak join?
Boleh PM/whatsapp Mimi di 018-9132061 untuk tempahan dan maklumat lanjut.

#RAP24JAN
#millionaura

Warisan - Sudirman

[Amazing Million Aura]





Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lirik Warisan - Sudirman @ Lirikami


‪#‎Alhamdulillah
#maszie'liciouse‬

SEMINAR AURA PERNIAGAAN




Semperna kehadiran 2015 , nak berjaya dalam menjual pastikan kita sentiasa ingat melakukan 3 tindakan penting agar kejayaan yang kita mahukan sentiasa mampu untuk kita perolehi iaitu

1.Apajua kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan pada tahun 2014 jadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat kita agar tidak sama sekali kita lakukan lagi dan berulang pada tahun 2015.

2.Jangan mudah sama sekali merasa hebat dalam diri kita kerana ia membuat kita alpha , lupa dan bangga diri yang mengakibatkan sampai bila kita tidak mampu menjadi terhebat .Silap-silap nanti akan memudahkan pula kita melakukan kesilapan atau kesalahan yang sama tidak kita sedari pula.

3.Allah jangan kita abaikan sama sekali. Sama ada dalam keadaan senang atau susah , lega atau menyempitkan atau gembira dan sedih bergantunglah pada Allah sentiasa . Kita ingat pada Allah sudah pasati Allah akan sentiasa ingat juga pada kita.

Saya bersyukur sangat kerana Allah telah memilih saya untuk menyertai seminar Rahsia Aura Perniagaan pada 4.Jan.2015.Terima kasih Coach Nooraizan zie, banyak ilmu yang saya pelajari dan perolehi.Sangat mantap dan berkesan hinggakan saya dapat merasakan seluruh tubuh saya berkomunikasi dengan saya memberitahu sesuatu kepada saya bahawa saya perlu segera bangkit berjuang demi diri saya dan orang-orang yang saya sayangi.
Syukur saya dapat memaafkan meminta maaf & melupakan segala isu yang telah berlaku & akan datang.Saya lebih menyedari masa sekarang yang perlu saya hargai dan nikmati.
MashaAllah, Subhanallah, saya suka sangat dengan konsep ini. Shortform dipanggil dAdA. Rupanya ia adalah sesi bercakap dengan ALLAH. Berdoa sebenarnya, tetapi dengan cara yang lebih specific dan lebih bersahaja.
Umpama ketika Doktor sedang melakukan prosedur perubatan tertentu pada pesakitnya. Doktor akan terangkan dengan jelas apa yang bakal dilakukan nanti. Begitulah konsep dAdA, kita akan berdoa sambil menerangkan dengan jelas apa yang kita mahu lakukan dan apa yang kita ‘expect’ ALLAH akan berikan pada kita.
Semoga semua yang saya dah kutip dari sini mampu memberikan nafas segar pada bisnes yang sedang saya usahakan. Insya Allah




Apa yang sukar bagi kita sagat mudah bagi Allah.Just says thanks to Allah
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in