Showing posts with label INFOrumahtangga. Show all posts
Showing posts with label INFOrumahtangga. Show all posts

99% LELAKI LEBIH SAYANGKAN ANAK DARI ISTERI

Sebelum berkahwin, bakal isteri akan dimanjakan bagaikan puteri, intan, belian, delima. Tetapi selepas kahwin dan punyai anak? Adakah kasih sayang yang diberikan secara berlebihan itu masih ada?
Jom kita baca 5 pendedahan sikap suami selepas kahwin di bawah:

1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada kepada isterinya. Hal ini dibuktikan, jika seluar anaknya terlondeh akan segera dibetulkan, tapi seluar isteri yang sudah betul, cepat2 dilondehkan.

2) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri. Kerana kanak-kanak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri hanyalah "Pengapit Daging".
3) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Kerana kalau anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju disuruh buka baju.
4) 99% lelaki yang beristeri lebih perhatian pada anak, kalau anak tertonggeng dibantu untuk boleh berdiri. Cuba kalau isteri, sudah benar-benar berdiri disuruh menonggeng.
5) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Dibuktikan ketika malam hari, kanak-kanak sedang asyik bermain disuruh tidur. Kalau isteri yang sudah tidur, diajak bermain.

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa




1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.

#share untuk manfaat bersama smile emoticon

Tazkirah Pagi

Para SUAMI, please take note.



ALLAH hadiahkan kepada WANITA/ISTERI dengan naluri yang terlalu halus dan kuat. Jika LELAKI/SUAMI yang dia cinta lakukan sesuatu yang tidak baik, dia dapat rasakan. Walaupon LELAKI/SUAMI itu sembunyikan di dalam hatinya apa yang dia lakukan.

Kadang²...WANITA/ISTERI itu tahu tapi dia buat² tak tahu. Disebabkan kasih dan sayang, dia rela telan dan pendam semuanya daripada bergaduh jika dia bersuara. Hanya dalam doa kepada ALLAH tempat dia luahkan segala yang terbuku di dada. Dan setiap air matanya yang gugur ketika berdoa, akan ALLAH gantikan dengan ganjaran yang tidak terhingga nilainya.

Note: Tiada yang benar melainkan benar belaka. Naluri seorang isteri adalah sangat kuat. 

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW


1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in