Showing posts with label My Paloma Garden. Show all posts
Showing posts with label My Paloma Garden. Show all posts

Hujan EMAS kebun orang

Assalamualaikum

semalam sempat berjalan jalan, disamping menjalankan tugasan yang diberikan. Sempat juga melihat perkembangan kebun kebun tetangga yang dilawati.


Longan yang ditanam dalam pasu. Pandai tuan rumah menanam Longan.
Dalam pasu pon berbuah...kalau dah boleh ditanam atas tanah pakat2 tak yah beli longan dah kita...

buah nya masih muda lagi..nie kali kedua berbuah agak lebat juga...

Selasih ku sayang yang tumbuh subur di tepi longkang yang redup, dalam polybag  yang diguna .

Markisa kali pertama berbuah buah penyambut tetamu sebab dok depan pagar


Salah seorang sahabat Nabi ada yang menyatakan...

" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. membisikkan pada telinga ku ini, iaitu : " Barangsiapa menanam sebuah pohon dan kemudian dengan tekun memeliharanya dan menguruskannya hingga berbuah, maka sesungguhnya baginya pada setiapyang dimakan dari buahnya merupakan sedekah di sisi Allah.." ( Hadis Riwayat Ahmad )

Tutorials Tanam Daun Bawang

❤Tips, Tricks & Tutorials 1 #
 
Walaupun lepak2 kat dapur ...sambil masak2 banyak bahan yang boleh dikitar semula.Akak suke cara orang yang rajin ,mereka hebat begini lah cara tersangat mudah kan.

MZ dapati ini adalah menarik :) MZ dah biasa lakukan anda bagai mana ...? InsyaAllah 




Taman Uncle Luw ~ Jiran sebelah Kanan

Salam Semua

jiran sebelah rumah saya.

Jiran saya agak berusia sekitar 60an. Dia kontrakter .Sebelah petang dia dan anak lelaki sibuk di taman.Ni hasil taman yg dia buat sendiri.hampir 2 minggu juga utk siapkan kolam ikannya.

Jiran saya juga berpengetahuan luas dalam bidang pertanian, terutamanya tentang jenis serta nama tanaman, cara penanaman dan segalanya tentang flora dan fauna .Saya suka jenis pokok2 yg uncle nie tanam

  Mari kita lihat taman uncle Law

dalam kolam nie ada ikan gapi

saya suka pokok nie duduk dalam air

alor vera nya dimasak bersama kurma cina.Katanya bagus utk sejukkan badan

 


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu (untuk diamalkan)”. 
Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang mengganggu ketenteraman jiran.
  2. Apa yang dilakukan oleh jiran tetangga untuk kebaikan janganlah dilarang atau diganggu.
  3. Sebarang gangguan dan penentangan boleh merenggangkan hubungan dengan jiran.
  4. Jiran tidak harus melarang jirannya daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat dan tidak memberi mudharat, sama ada pada bangunan atau lainnya.
  5. Kerjasama antara jiran adalah satu daripada fenomena persaudaraan islam dan imbangan sosial.

Mulberry

Salam Bismillah

Mulberry nie aku beli kat sg.buloh RM15.00.Pasu Rm7.00 .Tanam dalam 2 minggu dah berbuah.Alhamdullilah rezeki.





           6biji ~ tuaian pertama

 Pokok ini amat mudah membesar dan cepat berbuah, ketika ia berwarna merah rasanya agak masam tetapi setelah berwarna kehitaman rasanya berubah menjadi manis. Untuk menggalakkan lagi ia berbuah saya sering memangkas pokok ini,terpaksa menunggu 1 tahun lagi baru boleh alih ketanah.Buat masa sekarang pihak majlis tidak benarkan lepas dua tahun  baru boleh bercucuk tanam

 :-)

Beli Pokok

Salam Semua

POKOK IVY RM10.00 SEPASU

Limau Purut Belang RM10.00

MULBERRY RM15.00

Apa ke nama pokok nie akak taktahu RM15.00

POKOK SUKUN RM 35.00

POKOK BETIK,LIMAU PURUT,LEMON

Tugas siapa yg menanam adakah en.cayang @ anak2 en.cayang.....

 

Pemberian jiran sebelah...

Salam Semua

Tiga jenis pokok nie jiran sebelah (shah alam) yang bagi.Dia mmg rajin bercucuk tanam.pokok orkid dia menjadi-jadi.Dulu2 aku nie hantu orkid 50 pasu orkid sahaja.Bila dah banyak en.cayang bising rumah dah sempit di situ nak lalu,di situ nak parking kereta ,basikal segala2 mak nenek nak bubuh.so rumah baru ni ada tempat dia senyum aje bila aku tanam...aku lebih kepada pokok  berdaun hijau dan putih.yang berbunga ni leceh sikit.Lain dengan orkid bunga tahan berbulan.semua orkid aku dah satu kan dalam  pasu berbunga nanti aku entry khas kat sini. 

jiran bagi sepokok aje sekarang dah penuh pasu.yang paling aku suka jatuh terjuntai2 ....lepas aku ambil pic dah keluar bunga merah 

 dua jenis EPISCIA
Nenas Batu
3 minggu tanam dah berbuah

 6 minggu

Pasu

Salam Selamat Pagi

Dah sarapan ke...Pagi2 lepas pusing tasik, melawat tanaman nie seronok sambil menyedut udara segar... tadaaaaaaaaa!!! hahaha Ni nak menunjuk lah tu...tak baik riak lah fulokkk (cuma nak kongsi kegembiraan tak lebih tak kurang..,,).Lagi tak  dapat pokok Fung Sui dan pasu nie aku bodek juga en.cayang.Aku kata kalau tanam dari sekarang time raya pokok pon dah membesar.Wahhh...pokok pon beraya kor adorr... kelass kor MasZie....
                                                                :(
Sakura Garden Centre Sg.Buloh


Malas nak bebel banyak2 lihat gambar di bawah....


-

-

-

-

 
 Pokok Fung Sui RM 35.00

                    Pasu Baba RM8.00




          yang ni?                            
 atau yg ni?

   
           yang ni pon?             

                                           

           
empat segi cantik gak?

    
korang suke tak apa yang aku suke nie....suke lah lettuw ....
Aku rasa yang paling menarik pasti lah yang ni

Hasil tangkapan ku :-

2 biji pasu segiempat putih RM 45 x 2
2 biji pasu segiempat hitam RM 115 X2
2 Baba pot  310 RM8.00 x 2
2 alas pasu RM25 x 2                     
                        

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in