Showing posts with label TOK GURU. Show all posts
Showing posts with label TOK GURU. Show all posts

Motivasi Pagi: ILMU


"Perbezaan yang paling besar di antara
manusia dengan makhluk
yang lain ialah ilmu.
Manusia diberikan
kebolehan untuk diajar
dan mengajar . Binatang
ternakan contohnya .
boleh diajar untuk
mematuhi perintah
tuannya, tetapi tidak
boleh mengembangkan
ilmu tersebut kepada
binatang yang lain.
Berbeza dengan
manusia, sedikit ilmu
yang diperolehinya
mampu dikembang
dengan lebih meluas,,,"

Motivasi Pagi




Terharu Kisah Benar Seorang Pemmpin..Negeri Yang Bersihkan Tandas. Siapa ?.Wajib Baca ..

""Cerita seorang ustaz yang pernah menumpang tidur di masjid yang berdekatan dengan rumah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). 

Sebelum subuh beliau dengar ada orang bersihkan tandas.. Kemudian beliau bangun dan pergi jenguk siapa. Alangkah terkejutnya beliau mendapati TGNA sendiri yang sedang mencuci tandas. Dengan perasaan hiba hampir menangis beliau bertanya kenapa Tok Guru yang bersihkan..? Lalu TGNA jawab,
"Ini antara cara saya buang ego dalam diri.."

Motivasi Pagi : APA GUNA EKONOMI KUKUH JIKA...


"Banyak pihak mendakwa
bahawa orang Islam hanya akan
dihormati jika ekonominya
kukuh. Saya tidak bersetuju.
Apa guna ekonomi kukuh jika
menjadi perasuah, penipu dan
pengkianat? Apa yang paling
penting ialah akhlak yang baik.
Sehingga matlamat utama
diutuskan Nabi Muhammad
SAW ialah menyempurnakan
akhlak yang baik." TGNA

Motivasi Pagi:TETAMU DUNIA


"Kita semua merupakan tetamu...tetamu ertinya kita 
menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh 
pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai menteri
Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan
apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita
sebagai tetamu Allah SWT di bumi...sampai masa kita akan
kembali kepada Allah.." TGNA

Motivasi Pagi:PEMBANGUNAN


"Tetapi saya tidak bangga dengan membuat pembangunan,
kerana negara komunis pun ada pembangunan. Apa yang kita
bangga ialah melaksanakan Islam dengan harapan ia menjadi
jawapan di dalam kubur kelak...." TGNA

Motivasi Pagi: PAHALA


"Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan-bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek
kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat bear jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil..." -TGNA-

Motivasi Pagi


Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal 
oleh kambing. Ia memerlukan kepada
gembala. Manusia mustahil dapat mengawal
manusia, mereka memerlukan kuasa yang
lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat
itu ialah llah SWT.

Takutlah kepada ALLAH SWT. Audit di
 dunia mungkin kita boleh melepasinya,
namun audit di Akhirat nanti, jika gagal
melepasinya hanya neraka yang menjadi
tempat balasnnya. -TGNA-

Motivasi Pagi




"...Hidup ini tumpang-menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah S.W.T. Maka siapalah kita untuk menolak agama Allah ?..."
-TGNA-

Motivasi Pagi



 "Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.
“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.
“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,”

by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Motivasi Pagi



"Hati diibaratkan sepohon pokok.
Dari batang pokok,
membawa kepada dahan, daun, ranting dan akhir sekali buahnya.
Buah pula adalah
gambaran gerak geri luaran.
Ibaratnya, pokok iman berada
di dalam dan buahnya
berada di luar.
Tutur kata dan tingkah laku kita
adalah buah daripada pohon
yang berada di dalam hati.
Andai pohon itu subur,
maka ia akan menghasilkan
buah yang molek.
Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik."

by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Motivasi Pagi



"...kita kembali kepada
Allah, bukanlah ditanya
samada kita berjaya atau
tidak memenangkan
agamaNya semasa kita
hidup...tetapi kita akan
ditanya sejauh mana
usaha kita dengan kudrat
dan nikmat yang Dia beri,
kerana ada Rasul
diakhirat kelak bangkit
tanpa ada seorangpun
pengikut...."

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Motivasi Pagi


Kita pergi kedai, minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar,
nescaya kita akan dimarahi kerana makan percuma. Itu baru air dan nasi.
Apakata pula jika kita sebagai sebagai manusia duduk di dunia,

bernyawa dengan udara Tuhan,

melihat dengan mata yang Allah SWT bagi,


mendengar dengan telinga


serta bercakap dengan mulut yang diberikan Allah,


tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT?"


free-free sahaja dapat tanpa bekerja?malulah dgn Allah..

.~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ~

Motivasi Pagi





"Saya nak ingatkan, masa depan kita yang sebenar ialah akhirat. Jika tidak ingin menggadai masa depan, ertinya hendaklah fikir tentang kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat."

Motivasi Pagi



"Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi ...sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi..."

Khutbah Jumaat di Masjid Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu pada 4 Jun 2010.

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Motivasi Pagi :DUIT AKHIRAT


"Bila kita membeli belah di kedai,kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian, kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Namun, sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita membeli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat..."

Motivasi Pagi

Assalamualaikum...



"Perlulah diketahui bahawa mentadbir negeri sama sukarnya dengan mentadbir tubuh badan. Jika tubuh badan itu dipandu oleh qalbu yang begitu kecil, maka qalbu bagi sebuah negeri ialah pemimpinnya. Tubuh badan akan melaksanakan kerja yang baik jika qalbu yang mentadbirnya baik. Demikianlah sesebuah negeri itu insya-Allah akan menjadi baik jika dipimpin oleh pemimpin yang baik"

Berehatlah Murobbiku Dengan Tenang & Aman Bersama Para Solihin...AL-FATIHAH.....

Motivasi Pagi


Semua manusia ini hidup dalam mentadbir. Seorang yang dilantik menjadi Perdana menteri, dia sedang mentadbir negara yang terdapat rakyat-rakyat yang ramai. Seorang menteri besar, dia mentadbir negeri yang terdapat rakyat-rakyatnya agak kurang ramai berbanding sebuah negara. Orang yang menyendiri pun sedang mentadbir; iaitu dia mentadbir dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Orang yang berada dalam rumah tangga, dia juga sedang mentadbir; iaitu mentadbir anak dan isterinya.

Seperti dia ada dua orang anak yang bergaduh, lalu untuk menyelesaikan pergaduhan antara dua orang anak itu, tidak dapat tidak perlu kepada politik, atau disebut kebijaksanaan mentadbir. Begitujuga, orang yang berpoligami. Di kala para isteri-isterinya bergaduh, mendesak dan sebagainya. Bagi menyelesaikan keadaan itu, perlu kepada kebijaksaan mentadbir yang disebut sebagai politik.

Rumah tangga ini, adalah dalam lingkungan yang kecil. Di sana wujud lingkungan yang lebih besar, disebut sebagai kampung, daerah, DUN, Parlimen, Negeri, negara dan dunia itu sendiri.

Ada pihak mengatakan bahawa tidak boleh berpolitik dalam masjid. Sudah pasti, kenyataan ini bercanggah dengan cara Islam. Ini kerana, hidup ini merupakan politik. Justeru, apabila disebut hidup secara islam, sudah pasti Islam yang menjadi panduan dalam mentadbir kehidupan.

Tempat yang paling penting berpolitik dalam Islam adalah di masjid. Sebab itu, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut politik Islam, ia mesti bermula di masjid. Dan masjid itu sendiri, menjadi tonggak untuk membina wajah politik Islam.

Nyata, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Bahkan, ia adalah saling perlu memerlukan. Tanpa masjid, maka tiada politik islam. Tanpa politik islam, maka tiada masjid. Ia sama seperti orang kata, jamban itu tempat buang air besar. Kalau orang kata tidak ada politik dalam masjid, samalah seperti orang kata bahawa jangan buang air besar dalam jamban.

Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliah tafsirnya di medan ilmu, Dewan Zulkifli

Motivasi Pagi

Assalamualaikum
Salam subuh salam Jumaat mubarak
Selamat pagi blogger semua
Dihari yang penuh barokah ini marilah kita perbanyak ibadah dan doa kita kepada Allah
Mudah2an dikabulkan NYA aamiin.



"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi samada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya keranabimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." - petikan kuliah YB Tuan Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr. 

Motivasi Pagi





"Satu daripada azab Allah kepada manusia ialah dikeraskan hati perut.Hasilnya,mungkin dia boleh menerima pelbagai ilmu,tetapi tidak akan dapat menerima hidayah. Sebabnya ialah hatinya telah dikeraskan,dikunci atau dicop. Sebagaimana kita letak surat di dalam sampul,bila sampul tersebut telah dicop untuk dihantar,ia tidak boleh lagi dibuka untuk dikeluarkan isinya atau dimasukkan bahan lain untuk menambah isi kandungannya. Demikianlah hati bila dicop,hidayah dari Allah tidak akan dapat lagi masuk"

SEBARKAN SEBANYAKNYA....Moga Menjadi Amalan Kita Semua..

Motivasi Pagi

Assalamualaikum...


"Di dalam doa kita minta Allah SWT supaya memberikan Afiyat kepada kita. Afiyat ialah antibodi yang membenteng rohani. Sebagaimana orang yang sihat sekalipun berada di tengah-tengah orang yang sakit tidak akan berjangkit oleh sebarang penyakit kerana ada antibodi. Demikian juga rohani kita, jika ada antibodi ia akan bertahan daripada cenderung melakukan maksiat. Antibodi itulah yang disebut sebagai Afiyat"

Berehatlah Murobbiku Dengan Tenang & Aman Bersama Para Solihin...AL-FATIHAH.....
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in