Showing posts with label Jenis2 Kuih Muih Tempahan. Show all posts
Showing posts with label Jenis2 Kuih Muih Tempahan. Show all posts

Pau Sambal Love/ Burger Malaysia

Assalamualaikum 

Assalamualaikum Dunia....
Mulakan Dunia Hari Ini Seceria Suasana Dhuha Yang Penuh Bahagia....
Cipta Senyuman Maka Bermulalah Keceriaan, Bermula Keceriaan Maka Berbahagialah Kalian....
Salam Pagi Isnin Buat Semua....

Pau sambal ni sedap buat menu minum petang. Biasanya kalau masak nasi lemak, pasti buat sambal lebih. Sebelah petang dah boleh buat pau sambal. Lagipun adunan pau tu boleh kita buat kuih donat sekali. Resepi boleh ikut mana2 resepi donat, tapi untuk pau sambal saya lebih suka guna resepi Che Mat ni. Paunya cantik lembut je...kalau tak percaya, mari lah kawan2 cubalah sendiri..pasti tau hasilnya yang memuaskan hati. Kalau nak goreng doh pau tu, guna api sederhana je ya supaya bila warnanya perang dalamnya masak cantik...selamat mencuba semua. Terima kasih sekali pada Mat Gebu sebab berkongsi resepi pau sambal ni.

Pau Sambal Love/ Burger Malaysia MZ

BAHAN DOH :-)
200 g tepung gandum
140 ml susu segar, suam*
2 camca teh instant yeast*(*disatukan, kacau rata dan biar berbuih)
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar mentega

BAHAN LAIN :-)
Sambal ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bagi kan kepada 8 - 9 bahagian sama besar (mat, canai anggaran 3/4 inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci). Biarkan naik sekali lagi.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau tau. Angkat, tos, letak atas paper towel, biar minyak terserap. Biar sejuk.
  4. Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis dan susun 1 atau 2 keping timun, buat hingga siap dan boleh hidangkan sebagai minum petang.....


Resepi : APAM Polkadot

APAM Polkadot MZ

Apam Polkadot
Sumber : Sheely MyResipi

Bahan-bahan: (untuk 50 biji papercup medium)
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dalam 6-8 minit lebih kurang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
5. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15minit @ sehingga masak



APAM Polkadot MZ


Apam Gula Hangus

Assalamualaikum & salam sejahtera....




sedap lembut & gebu

RM0.40/sbiji (min. order 50biji)

Okay, kalau sesiapa berminat nak order Apam Gula Hangus boleh call/SMS/Wassap ke 017 6950072... Untuk area Klang,Setia Alam dan Shah Alam. 

Tempahan Nasi Lemak

Assalamualaikum...




RM 1.20 sen : sebungkus
( nasi, sambal ikan bilis , telur 1/4,ikan bilis goreng)
Juga menerima tempahan bg nasi lemak dan aneka lauk untuk sebarang majlis santai mahupun hitea...
,so kalau berminat boleh hubungi zie call/SMS/Wassap ke 017 69500 72... Untuk area Klang,Setia Alam dan Shah Alam. 

 (ZIE).

:)

Sudilah membuat tempahan daripada kami , Terima Kasih .

PUTERI AYU



lembut mulus je puteri ayu nie




ayu comel seperti namanya


Okay, kalau sesiapa berminat nak order Puteri Ayu boleh call/SMS/Wassap ke 017 6950072... Untuk area Klang,Setia Alam dan Shah Alam. 

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Assalamualaikum,



minimum oder 25pcs



Okay, kalau sesiapa berminat nak order Hokkaido Cupcakes boleh call/SMS/Wassap ke 017  6950072... Untuk area Klang,Setia Alam dan Shah Alam. 

APAM GULA HANGUS LEMBUT & GEBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 mcm ni sedap makan kuih apam gula hangus ni. Gandingan pula dngn teh O panas...mmng best. Sebelum ni dah buat guna resepi ni, mmng best, sedang elok je manisnya dan yang penting ianya tetap lembut walau dah semalaman. Rasanya ramai dah cuba buat kuih ni kan, pada yg belum tu..bolehlah cuba...jom semak resepinya. 



Resepi:- Apam Gula Hangus

500 gm gula pasir
500 ml air
* Gula dihanguskan dan diletak air

450gm tepung gandum
21/2  sudu kecik soda 
1 1/4 cawan minyak jagung
85gm susu pekat (zie guna susu pekat cap teko)
75gm Margerin (zie guna margerin Pelangi)
5 biji Telur ( A atau B )

Cara-caranya :-

1. Mula-mula hanguskan gula.Setelah gula hangus masukkan air. Biarkan sejuk.
2. Soda Bikabonat diayak masuk ke dalam bekas berisi tepung. Gaul tepung gunakan whisk.
3. Blend telur dan minyak hingga nampak berbuih.(warna bertukar jadi putih)
4. Masukkan susu pekat dan margerin dalam blender. Blend lagi.
5. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung.
6. Masukkan sekali air gula yang telah dihanguskan ke dalam bekas.
7. Kacau menggunakan whisk.
8. Blend semua bahan yang telah dikacau.
9. Lengserkan acuan dengan sedikit je minyak masak. Tuangkan adunan yang telah diblend tadi. Tuang 3/4 acuan aje...apam akan kembang selepas dikukus.
9.Kukus pada api sederhana kuat selama15 minit.
10. Bila dah masak, keluarkan apam dari acuan sementara masih panas.



Disini Maszie kongsikan resepi.  Kalau teringin bolehlah cuba buat sendiri ya.  Tak susah mana pun.. mudah aje.  Maszie dapat resepi ni pun dari auntie yg dulu2 mmg buat untuk hotel oder juga.. insyaAllah pasti jadi.  Yang penting ikut step by step dengan betul ya.. Tuang adunan ke acuan tu jangan sampai penuh ye. Setakat 3/4 penuh dah cukup. Nanti apam akan naik tinggi. Terima kasih pada
my auntie yg sudi menyumbang resepi ni... sedap lembut & gebu...

Kalau dah buat tak jadi lembut jugak tu maknanya korang kena datang masuk kelas zie tahun depan...tu pun kalau zie rajin la kan..he he..


Selamat Mencuba :)


Subuh nanti baru zie jalan-jalan blog korang yek..nak start buat kuihhhhh :)

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in