Pau Sambal Love/ Burger Malaysia

Assalamualaikum 

Assalamualaikum Dunia....
Mulakan Dunia Hari Ini Seceria Suasana Dhuha Yang Penuh Bahagia....
Cipta Senyuman Maka Bermulalah Keceriaan, Bermula Keceriaan Maka Berbahagialah Kalian....
Salam Pagi Isnin Buat Semua....

Pau sambal ni sedap buat menu minum petang. Biasanya kalau masak nasi lemak, pasti buat sambal lebih. Sebelah petang dah boleh buat pau sambal. Lagipun adunan pau tu boleh kita buat kuih donat sekali. Resepi boleh ikut mana2 resepi donat, tapi untuk pau sambal saya lebih suka guna resepi Che Mat ni. Paunya cantik lembut je...kalau tak percaya, mari lah kawan2 cubalah sendiri..pasti tau hasilnya yang memuaskan hati. Kalau nak goreng doh pau tu, guna api sederhana je ya supaya bila warnanya perang dalamnya masak cantik...selamat mencuba semua. Terima kasih sekali pada Mat Gebu sebab berkongsi resepi pau sambal ni.

Pau Sambal Love/ Burger Malaysia MZ

BAHAN DOH :-)
200 g tepung gandum
140 ml susu segar, suam*
2 camca teh instant yeast*(*disatukan, kacau rata dan biar berbuih)
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar mentega

BAHAN LAIN :-)
Sambal ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bagi kan kepada 8 - 9 bahagian sama besar (mat, canai anggaran 3/4 inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci). Biarkan naik sekali lagi.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau tau. Angkat, tos, letak atas paper towel, biar minyak terserap. Biar sejuk.
  4. Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis dan susun 1 atau 2 keping timun, buat hingga siap dan boleh hidangkan sebagai minum petang.....


0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in