Assalamualaikum,
petang petang begini sedap makan roti cicah milo kan... nak nak cicah roti kentang tu.. lagi lagi yang buat sendiri pulak tu.. yang panas panas pulak tu.. perrrghh... terangkat... =) mari kongsi resepi roti kentang.. dah lama nak buat.. baaru pertama kali buat , dan menjadi.. Alhamdulillah..
POTATO BREAD
By: CMG Dapur Tampa Sempadan
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
KASTARD
Resipi by : CMG
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
UNTUK DOH
Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.
KAEDAH LAIN
Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
CREAM CUSTARD
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
UNTUK ROTI KENTANG
Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
wahhh boleh cuba ni...
ReplyDelete