Idea untuk ilands kabinet sendiri....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

nak ceta pasal ilands kabinet...dalam banyak2 bentuk di muka bumi ni bentuk kapal selam yang aku suke...nak beli kapal selam mati idup semula tak mampu beli...so dapat ilands kabinet bentuk kapal pon okey ler...alang2 en.cyg drive kapal isteri kat umah pon meroyan terasa dok dalam kapal...hehee

Dapur impian ku adalah dapur yang luas, bersih, tersusun sistematik dan mesti ada island kichen.itu adalah apa yang aku angan-angankan dulu jika dapat rumah yang  besar sedikit dari rumah yang lama. tapi, bila dah dapat (yang mengikut kemampuan sendiri), dapurku tak lah sebesar mana. kecil je.alhamdulillah janji dapat wet kitchen ,dry kitchen and dapur banjir

kebanyakan dapur moden sekarang ni pasti akan ada satu ruang khusus untuk 'kitchen island' ataupun dalam bahasa melayunya panggilan pulau. Kebiasaannya 'kitchen island'ini digunakan sebagai tempat menyediaan untuk memasak dan juga penyediaan makanan yang sudah siap dimasak.Tak kiralah samada digunakan sebagai tempat nak potong bawang ke (jgn potong jari udah ler), kacau telur ke, hias makanan yang dah siap masak ke, atau sebagai tempat simpan pinggan mangkuk dalam kabinet di bawah island itu sendiri, aku nak buat tempat bersilat dengan tepung...akukan suka godek2 tepung jadi roti,kek dan biskut..baru la rasa ala2 masterchef.. semua boleh dibuat di sini. 

Yang penting terpulang kepada si pemilik kediaman bagaimana kedudukan dan rupabentuk ísland' idaman mereka itu dalam ruang dapur.Yang biasa dibina dari sebesar-besar ísland'sehinggalah yang kecil, tak kiralah bahan buatanya daripada 'formica'mahupun kayu asli,semuanya boleh kata designer...jom kita mencari idea2 yg lain




-
-
-
-
-

saya bekenan dengan yg nie
tak muat dapur nak parking...
disebabkan rumah kami tak SeBanglo mana..so, 
untuk nampak lebih luas,
saya decide untuk pilih bot kecik ajer 
yang sesuai berlabuh di dapur yg nampak mcm comel je..

sweetnyaa 



dapat yang nie..syukur alhamdullilah..amin

ni lah tempat aku 'bersilat' menyediakan dessert untuk family :P

kabinet dapur pilihan  jenis aluminium,
material pintu kabinet pulak 3G high gloss,
tabletop  material Granite Galaxy Black
warna kitchen cabinet :silver metalic.
Material dinding dari kaca buram, kesan glossy yg ditimbulkannya 
sangat menarik, dipadukan dengan pencahayaan tak langsung (indirect lighting dari bawah kabinet menjadikannya tampak eksklusif.Ala-ala moden style la kunun-kununnya..hahaa..


Alhamdullilah, so far aku sangat berpuas hati dgn hasil kerja kontraktor Melayu yang aku upah tu..kemas je hasil kerja die(table top,kitchen kabinet dan kitchen bar).kalau korang nak nombor die, aku boleh bagi :) plaster ceiling pon aku buat ngan die senang ceta satu umah ler...recommended :)

 Syukur itu mudah untuk diucapkan tetapi sulit untuk dilakukan. Oleh karena itu marilah kita senantiasa istiqamah dan bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh Allah pada kita semua. 

Thank you for reading...!
Hugs &; kisses peeps!
xoxoxo 



Chau...







14 comments:

  1. Wahhhhh!! cantiknya.... hehe..elegan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah di February Sis...wahhh...cantiknya dapur Sis...

    ReplyDelete
  3. Kitchen island memang membuatkan dapur lebih kelihatan elegant dan kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah..nmpk kemas sikit..rumah zie almaklum ler anak semua boboi...

      Delete
  4. Mmg cantik2.. sayang pulak nak memasak.. nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syg2 guna juga... dah byk melabur xkan nak buat prhiasan ajer...

      Delete
    2. sayanglah kenan memasak.. klu xmasak rugi arr buat mahal2 buat.. nt kena silat pulut plak dgn bonda

      Delete
  5. Kita suka no 3...putih bersih nampak so elegant..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dapor masak keju...akak punya bakor belacan...hehee

      Delete
    2. rumah teman sok nak buat island ape yer.. haha lori hantu arr plak.. apa mcm kak maszie ok tak? suh eric botak lah bikin

      Delete
  6. hi bleh bagi contact no contractor yang buat plaster ceiling ngan dapur emel kan ke nur_nadiah82@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sini ada no contact contractor http://maszie.blogspot.com/2014/06/dapur-maszie-di-impiana-dapur-3.html

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in