Solat Jamak Dan Solat Qasar

Assalamualaikum & Salam barokah di pagi jumaat.

Semoga kita hidup hari ini dengan kebenaran. Semoga Allah menjadikan hati, lidah dan anggota badan kita sentiasa melakukan kebenaran yakni ikhlas taat dan bercakap benar Semoga kita di satukan dengan Rasulllah saw di akhirat nanti. Jangan tertipu dengan dunia ini dan syaitan yg menghias benda buruk nampak baik dan benda baik nampak buruk.



Islam memberi kemudahan kepada orang mukmin meringkas atau memendek solat dalam pelayaran,ketika sakit,dalam peperangan atau lain-lain keadaan darurat . Dalam istilah fiqh solat seperti ini dipanggil "Solat Qasar". 

Kemudahan lain mengenai kewajipan solat dalam keadaan-keadaan tertentu ialah mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu, dipanggil "Solat Jamak" 

Solat Qasar 

Kemudahan mengqasar solat bagi para musafir di sebut dalam al-Quran ayat 101 Surah An-Nisa : 


Beberapa Hadis Rasullulah saw dan para sahabat juga menjelaskan antara lain : 

Saidina Umar Al Khattab berkata : 
"Solat Jumaat dua rakaat dan solat musafir dua rakaat , sempurna bukan qasar . Demikian diperintah oleh Allah atas lidah Nabi-Mu" (Riwayat An-Nasaai) 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Al-Baihaqi dari Yahya bin Yazir , katanya : 
"Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang qasar solat , maka Anas menerangkan : "Adalah Nabi saw apabila pergi 3 batu atau satu farsakh nescaya baginda solat 2 rakaat (qasar solatnya) . 

Dalam riwayat lain yang disebut oleh Ibnu Umar : 
"Walaupun jika saya safar satu batu saya akan qasarkan solat" 

Bukhari dan Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata : 
"Ketika Rasullulah saw menakluk kota Makkah , baginda tinggal di sana 19 hari , dan selama itu baginda solat 2 rakaat."

Daripada beberapa riwayat di atas orang ulama termasuk Ibnu Hazam berpendapat bahawa perjalanan yang paling dekat boleh dinamakan safar iaitu perjalanan sejauh 1 batu  (lebih kurang 1.8km) 

Namun para ulama lain menjelaskan bahawa untuk lebih selamat , perjalanan yang paling dekat dipanggil safar iaitu 3 farsakh atau kira-kira 3 batu (5.4km). 

Sebahagian ulama lain berkata perjalanan yang paling pendek boleh dipanggil safar iaitu sejauh 2 marhalah atau 3 marhalah atau jarak berjalan kaki sehari malam. 

Dari pendapat ulama yang terakhir ini, maka perjalanan yang boleh dipanggil safar ialah sejauh 80.6km yang menyamai kira-kira 50 batu walaupun jarak safar yang paling pendek menurut para sahabat hanya 3 batu atau 4.8km sahaja. 

Lain-lain syarat yang membolehkan solat qasar dalam safar ialah ; 
1- Tujuan perjalanan bukan kerana maksiat. 
2- Solat yang dikerjakan ialah solat tunai bukan solat qada'
3- Niat qasar hendaklah ketika takbiratul ihram. 
4- Dibolehkan qasar solat 4 rakaat iaitu zohor,asar dan isyak. Solat subuh dan maghrib tidak boleh qasar. 

Solat Jamak

                                           

Kemudahan solat, dengan menggumpulkan 2 solat dalam satu waktu (solat jamak dan qasar) juga berdasarkan Hadis dan Sunnah Rasullulah saw.

Menurut satu riwayat dari Anas menerusi Bukhari dan Muslim: 

"Dari Anas, katanya: Rasullulah saw apabila berangkat dalam perjalanan sebelum waktu zohor ke waktu Asar, kemudian baginda
berhenti dan jamakkan (zohor dengan asar).Jika telah masuk waktu zohor sebelum berangkat baginda solat zohor dahulu."

Dalam riwayat lain dari Muaz menerusi Imam Tirmizi dan Abu Daud disebut bahawa dalam peperangan Tabuk Rasullulah saw mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor. Baginda juga mentakhirkan solat zohor dengan asar pada waktu asar. 
Apabila baginda solat maghrib pada waktu maghrib, baginda sertakan solat isyak bersama solat maghrib . Dan apabila baginda takhirkan Maghrib pada waktu isyak bersama maghrib. 

Ibnu Abbas ra meriwayatkan menerusi Bukhari: 

"Rasullulah saw sering menjamak zuhor dan asar apabila baginda dalam pelayaran. Begitu juga, diantara Maghrib dan Isyak." 

Dalam hadis tadi jelaslah bahawa solat jamak boleh dibahagikan kepada 2 iaitu: 
1- Jamak taqdim (didahulukan) 
2- Jamak takhir (dikemudiankan) 

Lebih jelas lagi , jamak taqdim ialah mengerjakan solat zohor bersama asar pada waktu zohor, dan solat maghrib bersama isyak pada waktu maghrib. 

Solat jamak takhir pula ialah mengerjakan solat isyak bersama maghrib pada waktu isyak.

*solat subuh (2 rakaat) tidak boleh dijamakkan samada jamak takdim atau jamak takhir. 

Syarat-syarat lain tentang solat jamak taqdim ialah : 
1- Hendaklah dimulai dengan solat pertama; iaitu zohor diikuti solat Asar atau Maghrib diikuti dengan isyak.
2- Berniat jamak ketika takbiratul ikram. 
3- Berturut-turut seolah-olah kedua-dua solat itu adalah satu solat sahaja. 

*Jika seorang musalli yang mengerjakan solat jamak dan qasar , hendaklah disertakan juga niat solat qasar dan jamak ketika takbiratul ikram. 

Bagaimanapun sebahagian ulama termasuk Ibnu Taimiyah berpendapat niat jamak dan qasar tidak perlu dalam solat yang diqasarkan sepanjang pelayaran, kerana rasullulah saw ketika dalam pelayaran telah mengerjakan solat jamak dan qasar tanpa menyuruh para sahabatnya berniat jamak dan qasar. 

Dalam kata lain, menurut mereka solat jamak dan qasar dalam pelayaran adalah satu rukhsah atau kemudahan tabi'in bagi para musafir dan mereka tidak perlu berniat untuk menjamak dan menqasarkan solat mereka ketika takbiratul ikram. 

Sebahagian mereka juga berkata , syarat berturut-turut (mualat) dalam solat jamak juga tidak perlu kerana syarat itu menghilangkan sifat rukhsahnya. 

Dalam sebahagian kitab fikh, solat jamak dibolehkan dalam beberapa keadaan : 

1- Ketika berada di Arafah dan Muzdalifah. 
2- Safar dalam pelayaran. 
3- Kerana hujan lebat
4- Kerana sakit atau uzur 
5- Kerana hajat.

Niat Solat Jamak dan Qasar

1-Contoh Niat Qasar Zohor (dipendekkan)

"Sahaja aku solat fardu zuhor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

2-Contoh Niat Jamak Maghrib di dalam waktu isyak (jamak takhir)
"Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamak dengan isyak kerana Allah Taala"

Sumber ; 

Petikan "Buku Solat Rasullulah" 
Halaman 100-110
Mustafa Suhaimi


5 comments:

  1. perkongsian ilmu yg sgt bagus... setiap kali balik kg, mesti nk wat jamak.. setiap kali nk jamak,, mesti nk refer balik niat...

    ReplyDelete
  2. jumaat terakhir bln ni...
    singgah & follow sini...salam kenal tuan rumah

    ReplyDelete
  3. satu perkongsian yg sangat bagus :)

    ReplyDelete
  4. Info berguna utk semua masyarakat muslim..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg sgt baik utk rujukan & peringatan semua.. salam Jumaat Maszie.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in