Panduan Membuat Roti - Proses dan Mengenali Bahan



Panduan Membuat Roti
Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asasnya. Bahan asas yang digunakan adalah yis (yis segera lebih mudah), tepung roti, tepung serbaguna, serbuk penaik, bread improver, bread softener dan lain-lain bahan tambahan. Roti komersil lebih menggunakan tepung roti berbanding tepung serbaguna. Tepung roti mengandungi kandungan protin tinggi sehingga 14% dan ini akan menghasilkan roti yang lebih kenyal dan elastik. Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah. Perbezaan peralatan seperti mixer dan oven, kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan perbezaan tersebut. Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka, kenalah mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.

Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti² yang enak stail home-made dengan peralatan yang seadanya. Jika tiada mesin besar, boleh uli dengan tangan atau guna food processor.Oven setakad oven Europa tu pun boleh. Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini.

Proses Membuat Roti
1. Mencampurkan bahan-bahan
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan diatas meja. Mencampurkan bahan boleh dilakukan secara manual (pakai tangan) , food processor atau mixer. Satukan bahan-bahan kering seperti yis, tepung , gula, garam, serbuk penaik, bread improver dan bread softener. Gaul rata adunan tersebut. Kemudian baru masukkan majerin/shortening dan bahan-bahan cecair seperti telur, susu dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar .Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli. Jika gunakan mesin, tidak perlu dipindahkan.

2. Menguli
Adunan beryis seperti pau, donut atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada roti. Menguli akan menjadikan doh lembut, licin, kenyal dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang. Menguli boleh dilakukan dengan tangan, atau mesin. Jika diuli dengan tangan mengambil masa 15 - 20 minit. Jika guna mesin, masanya lebih singkat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai. Jika doh tidak cukup diuli, roti akan jadi keras dan liat.

3. Mengembang kali pertama (Proving)
Jika di bakeri, mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh. Tetapi jika dirumah, letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau mana saja yang bersesuaian. Bulatkan doh yang telah diuli tadi, dan masukkan dalam bekas besar (besen). Tutup dengan plastik supaya tidak kering. Biarkan doh naik 2 - 3 kali ganda dari saiz asal dalam lebih kurang 45 minit.

4. Membuang gelembung angin
Yis yang hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis. Uli semula doh itu ke bentuk asalnya.Di peringkat ini doh menjadi lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda.

5. Mengembang kali kedua (2nd proving)
Setelah doh dibentuk, susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal selama lebih kurang 20 minit.

6. Gris
Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur ataupun dengan mentega cair. Anda boleh hiaskan dengan keju parut, bijan atau apa saja yang sesuai.

7. Membakar
Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 200°C selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti. Roti yang cukup masak akan kecut sedikit dan ringan.

8. Menyimpan
Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari, setelah roti sejuk bungkus dengan plastik atau simpan bekas kedap udara. Jika terdedah, ia akan cepat kering.

Mengenali Bahan Membuat Roti
1. TEPUNG
High Protein Flour atau Tepung Roti(TR) berbeza dengan Tepung Kek(TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan-bahan pelembut yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut (Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi. Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri bakeri. Antaranya:
Cap Bangau- Cap Timbang* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri, Cap Diamond, Cap Gunung Mas* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan, Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Sarawak)
*Nota : ada juga roti yang menggunakan tepung gandum biasa, ini mengikut resepi yang dinyatakan jika ada. Kalau buat roti guna tepung selain dari yang dinyatakan, roti akan menjadi keras.

2. GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, doh roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.

3. YEAST (Ibu Roti)
Kebanyakan industri pengeluaran roti menggunakan yis kering (dry yeast) kerana senang dikawal proses pengembangan doh. Kalau guna yis basah kena timbang 2 kali ganda berat dari yis kering. Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, yis keluaran syarikat Mauri akan digunakan.

4. BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti. Nama lain bagi Bread Improver adalah:
i) Bread Softner
ii) Softner
iii) Modular Softner
iv) Magi Pro 5. S 500
v) Voltex (cecair)
Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.

5. MARGERINE/BUTTER/SHORTENING (Marjerin/Mentega/Lemak Sayuran)
Penggunaan bahan tersebut adalah untuk menambah ikatan struktur dalaman doh, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan² tersebut:
i) Margerine
- kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shortening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada doh sebelum dibakar.Selepas dibakar, dimana bun masih panas, sapukan Butter atau Apricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.
ii) Butter
- Pastinya bun sedap dimakan apabila resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak menggunakan Butter kerana kosnya yang mahal. Anda boleh menggunakan Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
iii) Shortening
- Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potato Bread, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah doh roti tersebut disapukan telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.

6. SUSU TEPUNG
Pengguna boleh menggunakan susu tepung seperti Dutch Lady, Lactogen,Fernleaf dan lain-lain untuk menghasilkan bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana dijual pada harga murah. Boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan menghasilkan ban yang lebih sedap lagi.

7. TELUR
Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang tinggi dan dijual pada harga yang murah. Biasanya pengusaha bakeri menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek.

8. AIR
Gunakan air sejuk untuk mengawal proses pengembangan doh. Jika menggunakan air yg tidak sejuk, dikhuatiri, pengguna tidak dapat mengawal pengembangan yis kerana jika suhu yang panas, yis akan kembang terlalu cepat, yang pada akhirnya akan menjejaskan kualiti roti.

Sumber :FB

13 comments:

  1. Replies
    1. silakan...jgn terlebik tunduk kang terlanggar roti..hehehee

      Delete
  2. pernah try meroti..dah elok kembang naik..lepas keluar oven keras..hhhuhu..susah rupenya meroti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan2 nya mudah teknik buatan nya salah sikit tu yg jadi roti derhaka....:P

      Delete
  3. kalo disertakan ngan more pictures lagi senang fae nak faham hehehe

    ReplyDelete
  4. macam tu rupanya meroti..ekin ni tak penah lagi membuat,nak jgk belajar..tq kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. google resepi cuba buat dulu baru tahu apa kesilapan nya...

      Delete
  5. yis pantang bertemu garam....akan mati..yis bertemu gula akan aktif..yg sy tahu la....

    ReplyDelete
  6. Boleh saya jadikn rujukan bila diperlukan...thanks :)

    ReplyDelete
  7. Roti buat sendiri.. best ni.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in