Masak Lemak Rebung



Selamat tengah hari, pagi lagi ....selamat menjamu selera.... harap apa sahaja menu yang dihidangkan pada hari ini pasti membuka selera anda sekeluarga.

Hari ini menu yang cukup ringkas dan cepat dimasak sedap dimakan.  Resepi ni buat time cuti raya cina.Dah lama terperap baru hari nie sempat nak post entry nie. Bonda selalu cakap, masak lemak cili api orang Pahang dan Negeri Sembilan tak susah.  Tak perlu banyak bahan.  Tapi yang penting lemak santannya mesti seiiring dengan kepedasan.  Pastikan santan tidak pecah minyak.  Kalau pecah minyak, ertinya masak lemak tu `failed' dan jangan ngaku orang Negeri Sembilan.  Nasib baik akak dok Selangor , kalau failed pun taklah sampai dibuang negeri,cuma terpelanting di daerah lain...ha..ha..


Bahan-bahannya:
5 - 6 ketul  ayam
300 gm rebung   - Zie beli  di dalam pasar, timbang kilo
2 cawan pati santan kelapa 
2 batang serai -  dititik
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
2 inci kunyit hidup
7 - 8  biji cili api (warna merah)
Air secukupnya
-  Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan kisar sehingga lumat.

Cara-cara membuatnya:
1.  Rebus rebung sehingga empuk (lebih kurang 15 - 20 minit).  Kemudian ditoskan .  Ketepikan.
2.  Di dalam periuk yang lain masukkan ayam bersama-sama bahan yang telah dikisar dan serai. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga mendidih.
3.  Selepas mendidih masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan ayam empuk (pastikan senantiasa dikacau supaya santan tidak pecah).
4.  Akhir sekali masukkan rebung, garam dan perasa.  Masak selama 5 - 6 minit lagi dan kemudian bolehlah ditutup api.


5 comments:

  1. masak lemak cili api rebung favourite farah... hu hu hu... terliur jap...

    ReplyDelete
  2. zara suka kalo mknn brasakan masak lemak ni.. ^^ suka mkn dan suka msak.. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak setuju kata zara..masak lemak nie sedap dimkn dan sng membuatnya...

      Delete
  3. Sedap ni.. masak lomak apa pun mmg sodap.. :D

    ReplyDelete
  4. sedap ni di tambah udang sekali :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in