Assalamualaikum,
Selamat Lahirkan Along En.cayang terus suruh aku berhenti kerja. Kerana tak sanaggup nak serahkan tugas pengjagaan ke pada orang lain. Hati memang menjerit. Kemudian saya akur pada kententuan dan jodoh. Saya memang beruntung dapat menjaga anak dan melihat sendiri proses pembesarannya.
Pejam celik dalam kepayahan dan cabaran...pasti yang paling manis adalah bila jiwa mampu memberi sepenuh sayang pada Along anak sulong kesayangan saya. Tipulah kalau sayang saya tidak terlebih padanya. Ibu mana yang tidak sayang lebih anak pertama. Apatah lagi Along lahir di saat saya baru mengenal dunia dewasa. Pada usia yang semuda jagung saya diberi amanah oleh yang Esa untuk membesarkan dan menyayanginya. Setelah dua tahun baru kami sedar Along mempunyai penyakit Autisma. Dua tahun setengah baru Along berjalan.Bertutur belum lagi. Tahniah saya ucapkan pada siri saya sendiri ketika melahirkan Along pada usia yang muda, yang serba serderhana namun mampu membersarkan Along maka, sifat sabar daripada kami dan seluruh ahli keluarga amat dihargai dalam memberi penjagaan yang terbaik untuk Along. Ingatlah bahawasanya Allah swt sentiasa bersama mereka yang bersabar.
Seperti di dalam firman Allah swt :
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. "- Surah Al-Baqarah ayat 153
Kepada semua ibubapa di luar sana yang mempunyai anak-anak autisma,janganlah berputus asa dalam mencari cara berikhtiar untuk merawat anak masing-masing. Janganlah menganggap anak autisma itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Kita haruslah redha akan ketentuan Illahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan masalah autisma anak-anak kita itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt. Dan ujian atau dugaan daripada Allah tanda kasih sayang-Nya untuk menguji keimanan kita. Malah, jika kita bersabar dengan dugaan tersebut, ganjaran pasati akan menunggu. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa REasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."(Riwayat al-Tirmidzi)
InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang,
Alhamdullilah...umur 9 tahun baru Along bercakap, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah "IBU" tuhan sahaja yang tahu di saat itu. Tanpa disedari air mata saya mengalir, semenjak dari hari itu pertuturannya semakin jelas hingga ke hari ini. Sungguh pun dia anak Autisma segi penjagaannya senang dan menjadi anak yang sopan, baik budi bahasa, patuh mendengar kata, rendah suaranya menjadi halwa telinga ibunda...sejuk rasa hati mengandungkan nya.
Sedikit pun tidak pernah terbetik rasa mengkal terhadapnya. Secarik pun tidak pernah menyinggung rasa. Kalau putih saya usulkan...putihlah yang dipilihnya.
Siapa sangka 17 tahun berlalu begitu pantas. Tahniah Along menjadi anak sulong disayangi sepenuh raga oleh adik-adiknya..diharap dulu, kini dan selamanya...seperti mana saya memahaminya..seperti itu dia amat memahami saya.Doakan kecemerlangan peperiksaan Along tahun nie...
Selamat hari lahir along... Semanagtnya tu mengalir juga kpd adik2 yg lain...
ReplyDeleteSelamat menyambut hari lahir buat Along.. semoga sentiasa sihat, diberkati kehidupan & semoga menjadi insan yg berjaya... aamiin.. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Along... Semoga dipanjangkan umur, jadi anak yang soleh & dapat buat ibu ayah bangga sampai bila2...
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah sini Sis..Selamat Hari Lahir kat Along...semoga dipanjangkan umur dan akan menjadi anak yang soleh..
ReplyDeletehappy belated birthday along
ReplyDelete