Siapakah Rakyat Malaysia Yang Beli Kapal Bersalut Emas RM13 Bilion?

Jika dahulu, gelaran pemilik kapalmewah termahal dunia disandang oleh Roma Abramovich yang mana merupakan pemilik kelab bola sepak gergasi dunia Chelsea, kini dikatakan jatuh ke tangan seorang rakyat Malaysia pula. Siapakah beliau sebenarnya? Kita sebenarnya mengenali beliau kerana beliau antara yang terkaya di Malaysia terutama dalam menjalankan perniagaan gula. Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Robert Kuok. Kapal yang ditempah khas ini dikatakan bernilai RM13 bililon. Fuh memang sangat mahal!
kapalemas1
Tan Sri Robert Kuok, beliau merupakan Billionair Malaysia yang mempunyai kekayaan bernilai antara RM37.2 billion.
Raja Gula Asia ini telah menggemparkan banyak pihak apabila membeli sebuah kapal mewah bernilai RM13.38 billion.
Kapal berkenaan yang 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal didunia sebelum ini milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea) kini merupakan kapal mewah termahal dunia.
Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.
Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool,Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.
kapalemas2
kapalemas3
kapalemas4
Sumber :Informasi

5 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in