SOSEJ BLOSSOM BUN...Step by Step...

Hari  semalam aku saje sesuka hati mencutikan diri. Cuti ikut suka hati ..khoh khoh khoh..
Cuti masak nasi dan lauk...
So..ape aku nak buat?
Nak Lunch ape?

Nak masak nasi goreng, aku tak nak makan nasik.
Ape yang adik irfan pesan sebelom tidur malam tadi?...errmmm ibu please , 
esok jgn masak nasi buat pizza atau roti. Inshallah.. (ibu jawab)...
so pagi2 lagi  ibu irfan pon keluarkan ibu roti...
so  moral of story kedua-dua ibu bergabung meletoppp
terhasil lah Sosej Blossom Bun & Chicken Floss Bun ...:P


SOSEJ BLOSSOM BUN MZ

Resepi 68 :SOSEJ BLOSSOM BUN

Sumber : diadaptasi dari Dapur Tanpa Sempadan


Bebahan yang sempoi:-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 gm susu tepung 
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gm mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej , celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonnaise secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- 
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  3. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 gm setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang,leperkan, letak 1 batang sosej ayam yg di belah 2 dan tekan2kan sikit. 
  3. Alih ke dlm dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
SOSEJ BLOSSOM BUN MZ SOSEJ BLOSSOM BUN MZ


SOSEJ BLOSSOM BUN MZ  SOSEJ BLOSSOM BUN MZ


SOSEJ BLOSSOM BUN MZ

11 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih...fiza,mmg puas hati hasilnya sejibik sama kedai dan bahan deco kita boleh letak suka hati aje...

      Delete
  2. bestnya irfan main order je dapat :) sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu lah gaya ibu & anak xsampai hati takut jadi apa2 menyesal kemudian hari... bersilat juga lah dapur...

      Delete
  3. Menarik dan sedap ni...selalu beli kat bakery aje...bestkan kalau boleh buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila menjadi anak2 suka @en.cyg puji ibu bertambah kembang...kih kih kih

      Delete
  4. Saya selalu juga beli yg mcm ni kt bakeri.. bestnya dpt buat sendiri.. pasti lagi sedap.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in