MENGENAL BERBAGAI MACAM TEPUNG

Assalammualaikum dan selamat pagi semua,

 Antara info yg menarik perhatian saya ialah fasal tepung. Yang selalu ke dapur pon banyak lagi jenis tepung  yang tak di kenali.(itu saya ler) Sekarang ni barulah akak faham kegunaan tepung yg pelbagai tu. 




Tambah-tambah kalau masuk kedai bakery.. tercengang-cengang tengok pilihan yg ada.  Kalau dulu saya tau tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, tepung ubi, tepung kastad & tepung pulut aje...

hari ni ZIE nak kongsikan dengan semua jenis-jenis tepung yang terdapat di pasaran, zie copy semua ni dari fotopages Kak Hanieliza yg femes tu, pada Kak Lieza izikan zie kongsikan di sini pula ya, buat tambah pengetahuan pada semua. Terima kasih ya. Kak atas infor yang berguna ini, pada yang nak copy dan paste dalam blog masing-masing pun boleh, dipersilakan.


Berbalik fasal tepung tadi, ini antara tepung yg saya selalu guna dan apa manafaat atas kegunaannya...hehee



Flours

Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 

Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.



Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.

Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.





Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.


Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...





Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.





Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.



High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.



Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.




Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.




Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.



Sumber gambar : Google

Ini pula tepung Red Rose atau dikenali juga sebagai tepung biskut (oooo...gituuu...)



Tepung Rose atau Tepung Biskut 
-
 Rose Flour  ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tiidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung  itu tidak terlalu banyak.Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London .




Tepung Sagu 
-  Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.




Tepung Optima 
-Dikenal  Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan moxer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.



\


Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.


 



Tepung Hoen Kwe 
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan Puding.

Tepung Biskut Marie 
-Sejenis tepung yg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehinga betul-betul halus.
Zie tambah sikit :)



Tepung Kanji Kentang 

Zie gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak setahu zie tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi - tepung terigu bahasa Indonesia.


Tepung Atta

- Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat. Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung nie, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

Biasa Zie beli untuk buat Roti Puri 


Tepung Kacang Hijau


- Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kueh tako.





U dapat ilmu, I dapat ilmu. Sama-sama kita dapat ilmu. Bukankah berkongsi itu bagus? :-)


#DoaBuatMH370 - (Day 6)

38 comments:

  1. yang farah tau tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, tepung pulut, tepung kastard, tepung cake...yang lelain tu baru belajar ngan akak kat sini...heee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 lah kita belajar..tepung buat cekodok pon ada rupanya...

      Delete
    2. Tepung wat cekodok pkai tpung apa plk yek? Fening2

      Delete
    3. Tepung sagu untuk keropok lekor, keropok keping dan keropok lain-lain.

      25KG basah
      30KG kering

      0177816692.

      Delete
  2. Hehehe..byknyerrrr tepung ..jom jom kita mengenali tepung hahhaa..
    Lya tak tahu sgt byk rupenyerr jenis2 tepung ..
    Kita kenal yg basic jer ..
    Bagus jugak Zie buat entri ni leh tahu mengenai TEPUNGGGG ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih kerna melawat blog maszie..Insyallah hrp membantu..tq

      #DoaBuatMH370

      Delete
  3. Mmg kena tau pasal tepung ni, terutama utk lelaki yg baru berkahwin.. takut2 nanti tersalah beli tepung bila isteri kirim beli di kedai. Diminta beli tepung gandum tp bawak balik tepung sagu hahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu en.khir di awal perkahwinan dulu zie dah kena pesan kat en.cyg suruh beli tepung gandum ..apa selagi ada jenis tepung di mini market tu di belinya...sabar ajer lah...:)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. zie, tepung beras tu kena letak atas sikit. sebab dia penting untuk mewujudkan superfine flour kandungan protein nya yang sangat sedikit. biasanya kalau ketiadaan superfine flour, tepung beras + tepung jagung dicampur ke tepung all purpose kurang dari 20% dan diayak beberapa kali maka jadilah superfine flour. Cheers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea...akak dah buat perubahannya :)

      Delete
  6. Wow! Best entry! Best sharing! Diana hanya tahu basic tepung je. Mcm tepung gandum, naik sendiri,pulut, beras dgn tepung jgung. Bile jumpe blog ni..mcm2 tepung ade. Best! Bertambh lgk ilmu di Dada. Tq.

    ReplyDelete
  7. assalalm kak..millet flour 2 tepung ape ek?

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. nak tahu pasal asal usul tpg terigu klip entry bwh nie...
      terima kasih ada komen disini...

      http://maszie.blogspot.com/2014/12/beza-tepung-terigu-dan-tepung-gandum.html

      Delete
  9. kak...tapioca flour 2 sbnrnye tepung ubi yg biase 2 ke.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info.....hehehe cuak sbb tepung kastad xde kat rumah..yang ada hanya tepung jagung...rupanya 2-2 sama je

    ReplyDelete
  11. Malt flour dan soybeans flour tu yg mane ea..please help me

    ReplyDelete
  12. terima kasih utk perkongsian info...

    ReplyDelete
  13. Tepung Sagu 25kg atau 30kg untuk keropok. 0177816692.

    ReplyDelete
  14. Kalau nk buat kuih green peas, guna tepung kacang hijau eh? Xprnh nmpk tepung green peas pun.

    ReplyDelete
  15. terima kasih maszie..informasi ttg pelbagai tepung yg amat berguna...dah lama cari maklumat ttg tepung superfine..sudah lama sy mcari baru kini sy dpt...blok yg amat cantik...

    ReplyDelete
  16. tq for good info. byk yg saya baru tau. mohon share.

    ReplyDelete
  17. Info yg sgt2 best dan berguna.. Baru tau name lain bagi tepung hong Kong ape.. Tq tau..

    ReplyDelete
  18. Ingat kn tepung Hong Kong tu sama ngan Hong kwee.. Nasib baik tak buat kuih lg, tq for info...

    ReplyDelete
  19. Maaf saya nak tanya tepung terigu tu tepung apa ye saya dh cari x jumpa dn x ada sape yg thu kat mana ada jual

    ReplyDelete
  20. Salam kegunaan tepung sagu dengan tepung ubi adakah sama..ada kedai cakap tepung sagu tu tepung ubi la..pening..

    ReplyDelete
  21. Kalau goreng ayam berempah boleh tak letak tepung jagung untuk ranggupkan ayam tersebut ?

    ReplyDelete
  22. Terima kasih dengan perkongsian.

    ReplyDelete
  23. Sabda nabi, sampaiknlah ilmu walau 1 ayat,
    Tq kak

    ReplyDelete
  24. nak tanya tepung kacang peas tu ada jual ker..atau kita blend kacang peas tu jd macam tepung

    ReplyDelete
  25. Thank u for sharing~.~

    ReplyDelete
  26. Ita cari resepi roti..infonya kena guna tepung roti walhal xpernah tau pun..rupa2nya boleh guna tepung pau ya?

    ReplyDelete
  27. Nk tya.. tepung optima tu ada sama dgn tepung2 lain x yg boleh ganti kalau tepung optima xde?

    ReplyDelete
  28. Kalau nak buat crepe guna tepung apa ya

    ReplyDelete
  29. Terima kasih. satu perkongsian ilmu yang baik.


    ReplyDelete
  30. Perkongsian yg sgt berguna..tq kak zie...:-)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in