Puasa 100 hari
ya ALLAH panjangkan lah umur ku untuk ramadhan yg akan datang..amin.
Puasa dah nak dekat. Dah habis ganti puasa ke belum ye? Alhamdulilah saya sudah. Sesiapa yang belum tu kena cepat-cepat ganti ye.Bulan Ramadan tinggal beberapa bulan dan beberapa hari je lagi kan...
Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :
Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :
1. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.
Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.
Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.
Sekian, wallahualam.
Posted by
maszie71@gmail.com
at
5:19 pm
Labels:
ISLAM PALING INDAH,
RAMADHAN
tak sabar nak tunggu puasa ni...
ReplyDelete100 hari lagi nak puasa.
DeleteSebenarnya anak akak tak sabar nak raya. Nak duit raya.. Hurm.. :(
Moga sempat jmpa ramadhan nnt...
ReplyDeleteRamadhan 100 hari lagi :D Moga sesama kita dapat bertemu semula :)
DeleteSekejap je sampai tu... subhanallah...
ReplyDelete100 hari lagi nak menjelang bulan Ramadhan. Allah, panjangkan umur kami agar dapat menikmati bulan berkatMu.. Amin..
Delete