Tragedi pesawat MH370 juga mengingatkan kita tentang kuasa ALLAH yang mengatasi segala2nya. Walaupun kita memiliki kecanggihan peralatan dan sebagainya, tetapi sehingga kini masih belum ditemui. Ya Allah, permudahkan mereka2 yang berusaha mengesan dan membantu mangsa2 PESAWAT MH370 tersebut. Jom sama2 kita sesama ummat ISLAM Solat Hajat moga MH370 ditemui...
MAS MH370, pesawat penerbangan Boeing 777-2H6ER dibeli pada tahun 2002 yang dikhuatiri hilang.
Berikut merupakan wajah 12 crew dan 38 penumpang dari pesawat #MH370 Malaysia yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370. Sama-sama kita memperbanyakkan doa semoga Allah melindungi mereka dan kembali dengan selamat.
Segala usaha telah dilakukan. Kita manusia hanya mampu berusa. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Namun selagi belum#mh370 ditemui doa dan usaha tetap akan diteruskan.
Alhamdulillah,
Terima kasih kepada semua negara-negara luar yang bekerjasama dalam misi mecari pesawat #MH370 yang hilang sejak awal pagi sabtu 8/3/14.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, segala sesuatu itu telah ditentukan olehMu...jika Engkau berkata "Kun Fayakun" jadi maka jadilah ia, maka selamatkanlah & lindungilah mereka yang berada di dalam pesawat MH370...sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui....
Amin Ya Rabb....
Sayunya melihat Video ini, Menitis air mata bila mengenangkan nasib mereka , kami sentiasa doakan yang terbaik buat semua penumpang dan anak kapal #mh370 . Kembalilah dengan selamat.
Terjemahan: "MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.
Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.
Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.
Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."
sumber : themalaymailonline.com & fb
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.