Satu hari Zie kerumah Mummy Lynn ,dia hidang mee soto berserta bawang goreng.Bawang goreng nya ranggup dan sedap terus bertanya petua bagaimana dapat menghasilkan bawang goreng yang amazing sekali. Petua bagaimana nak bagi bawang goreng itu rangup. Zie tak lengah lagi terus beli bawang kecil dan buat seperti yang disarankan oleh Mummy Lynn. Alhamdulillah... Bawang goreng itu masih rangup hingga sekarang walaupun Zie dah buat seminggu yang lalu.
mendengar cerita yang tidak enak tentang bawang goreng yang kita beli dari kedai dan ianya sungguh menakutkan.Kebenaran cerita-cerita tu belum terbukti tetapi yang pastinya pengusaha bawang goreng yang bersekala besar akan menggunakan minyak yang sama berulang-ulang kali ini tentunya tidak baik untuk kesihatan.
Waktu mengupasnya, Zie gunakan tissue dapur atau kitchen towels untuk mengelap bersih bawang sebelum dibuang kulitnya. Kemudian baru dihiris atau mayang. Jangan terlalu halus tetapi janganlah terlalu kasar. (lihat gambar bawah) Kemanisan bawang goreng akan hilang seandainya di mayang terlalu halus.
Caranya:
1. Buang kulit bawang dan cuci bersih.
2. Toskan dan biarkan dalam raga kecil sehingga kering dengan sendri..
*Saya biarkan semalaman. Cuci time malam dan biarkan bawah tudung saji.
3. Bila dah kering air cuci tadi, hiris bawang nipis2.
4. Biarkan hirisan bawang nampak kering. Panaskan minyak dan goreng. Minyak hendaklah betul2 panas dan api sederhana. Biarkan bawang digoreng tanpa dikacau. Kacau hanya setelah nampak bawang telah kekuningan. Kemudian balik2 kan bawang untuk garing yang sekata.
*pagi saya hiris, hampir tengahari baru saya goreng.
5. Bila semuanya garing dan kuning kecoklatan *jangan hangus* angkat dan toskn atas tisu. Biar benar2 sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Itu sahaja petuanya. Senang kan?
dapat dua botol Prego..satu bagi adik...
InsyaAllah masih rangup walaupun disimpan sebulan..sedap makan bergitu saje :-)
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.