Showing posts with label my Announcement. Show all posts
Showing posts with label my Announcement. Show all posts

Tempahan DITUTUP

Kepada para pelanggan Maszie'Licious , ZIE ingin memaklumkan bahawa tidak akan menerima tempahan bermula 29/8/15 - 31/8/15 kerana kami bercuti


Tempahan akan di buka semula 01/9/15


Harap Maklum.


Terima kasih diucapkan kepada semua para pelanggan Maszie'Licious .Segala sokongan anda amatlah kami hargai


Jazakumullah khairan kathira atas segala keprihatinan dan kerjasama kalian..^_^

OPEN FOR ORDER...

SALAM SEMUA


Maszie'Licious
TELAH KEMBALI BEROPERASI...
ORDER NOW!!


untuk menempah boleh wsapp, sms ke 017 6950072 ZIE.








TALAM KELADI & BERLETER

Ni mokcik nak bebel nih!!

hai gud morning everybody!!



Ada seorang jiran baru saya gemar benar menempah Talam yang pelik2 daripada saya. Sudah banyak kali beliau menempah. Berkali-kali. Begitu juga dengan Talam serimuka durian saya.


Kadang- kadang, sebab saya tidak cukup masa dan penat dengan tempahan roti lagi tetapi mengenangkan pelanggan beria-ia mahu menempah, saya mengiyakan sahaja. Dah orang teringin sangat nak makan, alhamdulillah. Setakat mana yang mampu saya buatkan, kalau memang saya tak larat, memang saya menolak. Kalau boleh nak menempah biarlah 3-4 hari lebih awal, menguruskan bahan talam bukannya mudah.


Contoh pernah bukan musim durian stock durian frozen kehabisan dalam simpanan. Jenuhlah saya mencari dan dileter oleh en.cayang. Mana taknya, saya tak pakai durian paste dan pandan paste untuk pastikan kualiti kuih talam saya. Jadi, kesimpulannya, tolong ya, tempahlah awal-awal. Telefon terus pun tak apa. Janganlah main sedap nak esok kuih talamnya,  beritahunya baru hari ini, macamlah kita ni bukak kedai . Kenalah faham sama, saya buat sorang list tempahan kadang2 dah menanti setiap hari  Insyallah, kalau lapang memang saya sanggup buat.


Terima kasih ya kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).

Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

ODER CLOSED

Assalamualaikum semua...!!!

Minggu ni tutup kedai maszie'liciouse..

Bermula 18/02/15, kami tidak menerima sebarang tempahan.

Tempahan akan dibuka semula pada 23/02/15.

Harap maklum.

Will be back soon.. In shaa Allah











Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu



#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.



Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Pesanan penting ketika banjir. Keep safe!

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam JUMAAT Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


 Keep safe!

TEMPAHAN DITUTUP


Assalamualaikum W.B.T buat semua pengunjung blog ini :) 



Tempahan untuk pickup dari 2-8 september ditutup rapat.. untuk tempahan tarik selepas dari tu masih boleh diterima lagi.. mohon pada yg berminat, sila buat tempahan lebih awal ya.. tqvm :)

Tarikh : 25 Nov.  - 28.Nov. 2014
Tempahan telah ditutup rapat ...untuk tempahan tarik selepas dari tu masih boleh diterima lagi...mohon pada yg berminat, sila buat tempahan lebih awal ya..pas tu   nak balikkkk kampung... yehaaaa !


Mulai hari ni dan hari2 berikutnya ... zie akan membuat pengumuman bagi memudahkan pelanggan2 zie yang baru mahupun yang lama untuk mengetahui perkembangan zie. Pengumuman akan dibuat 3hari lebih awal dan anda harus bertindak secepat yang boleh kerana tarikh tutup tempahan adalah 24jam bermula dr tarikh zie buat pengumuman. Zie nak minta maaf pada mereka yang pernah membuat tempahan saat akhir yang zie tolak. Bukan xmau wat kan tapi stok bahan mentah memang xde dan zie pula xsuka wat keja last minit takut lain yang jadi pulak nanti. So kalau boleh zie berharap sangat2 anda buat tempahan awal. Zie  hanya buat kuih ni kalau de permintaan sahaja. Untuk menjaga kualiti mutu setiap produk zie. 

Terima kasih - MZ (Maszie"licious)

I'm back ... dgn pilihan baru !


                               ( gmbr ehsan dr google .... syukran )

Assalammualaikum ,

Maaf ye  menyepi selama 3hari aje... buzy sikit dengan pertapaan. Seperti yg sedia maklum zie kembali dengan beberapa menu TERBARU Oct,2014. Boleh lihat gambar sebelah kanan ye. Yang sedap, lazat dan terangkat ... mmg berbaloi kalau dicuba. So pe lagi ... spt biasa ambikla peluang. Buat tempahan awal ye jangan tempahan last minit sebab zie xmungkin akan layan dan xdapat siapkan. Dan ambik sendiri kat rumah zie atau berjumpa di Parking MD setia alam silakan no problem zie suka.

TQ!

Attention!!!

Assalamualaikum semua!!!

Bermula 10/10/14, kami tidak menerima sebarang tempahan.

Tempahan akan dibuka semula pada 14/10/14.

Harap maklum.



WordLess WedNesday 48 #

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen 2 Okt







Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Pahang ku Juara ku... Juara Piala FA 2014

AKHIRNYA PAHANG JUARA LAGI
KING OF COME BACK
PAHANG (2) - (1) FELDA UNITED
TAHNIAH PERWIRA2 PAHANG........................:m


Dengan rendah hati..koi nak kabo ni..memang tok gajah hebat..power..best in the world..i love u forever..


Tu dia.....

Piala ke 3 dalam dakapan Pahang....

Banyak tuuu....
Korang ada????
Hehehe.....



Syukur.

Tahniah kepada pasukan Pahang di atas kemenangan 2 - 1 dengan Felda United pada malam tadi. Kemenangan ini pastinya menjadi pembakar semangat untuk Kita layak ke Piala AFC nanti.


Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang penting kita tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan belajar menerima kemenangan dan kekalahan secara positif. Kitakan sama-sama rakyat Malaysia!  

Harap-harap pasukan pahang dapat mengekalkan prestasi kemenangan ini.


Selamat Berjuang.... Doa seluruh rakyat Negeri Pahang mengiringi perjuangan kalian....... Hogoh Pahang Hogoh.......:m


Tahniah Faizol.... Man of the match.........:m

TAHNIAH kepada pasukan tok gajah dan juga jurulatihnya iaitu ZAINAL ABIDIN HASSAN. Sekali lagi TAHNIAH dan SYABAS pada TOK GAJAH


Hogoh pahang hogoh..koi anak pahang

Kod E

[Perhatian]



Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan.

Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun mempunyai kod E-kod. Tetapi sekiranya produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan e-kod yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.

Tepung Premix



Puasa nak dekat ...Amboi Kak Ton nak raya jer gelabah nak buat cookies untuk yang berlainan setiap tahun....haruslah kan Kak Ton mana boleh ketinggalan mesti nak hidangkan cookies yang paling hot setiap tahun ...korang jangan pening2 tak penat pon...yang tak pernah buat atau bakar kuih raya pon boleh buat ...hahaha.Tahun nie tak main lah kuih tunjuk2 mai kita bakar sendiri...bakar penuh kasih sayang... Eh! kena lah bijak memikat hati suami untuk Mak Bondanya hantar berbalang kuih hasil air tangan sendiri....(bukan berbalang2 kuih tunjuk2...) pagi raya  cium tangan suami, pasti dapat duir raya lebih tahun nie...masak makanan kesukaan, gosok baju licin2 baru nak mintak apa2 senang...hahahaha. (baiknya aku...tak2 Kak Ton buat sepenuh hati tanpa mintak balasan) 

Hari ni Kak Ton nak hasut korang semua beli tepung premix  ...tak lah menghasut terpulanglah kat korang nak beli ke tak..cuci2 mata pun tak apa...tapi kalau tak beli rugi lah sebab Kak Ton nak perkenalkan korang seorang peniaga tepung premix yang sempoi dan giler2. Lagipun pun raya nak dekat kena ada cookies yang matching dengan balang kuih raya dan warna tema baju...kihkihkihakah

Memperkenalkan kawan baik Kak Ton...Shida Hashim .Bila korang dah kenal Shida nie yang tak minat dan tak tahu buat kek,air skrim atau dessert  terus jatuh cinta hari2 nak mengodek tepung mix di dapur...awesome homemade dan ada lebih 180 jenis tepung mix yang terlajak laris ...yang nak kan tepung atau jadi pengedar tepung nie sila ke Hanie-Rich-Cake-House & fb/nor.rashidaRasanya macam tu lah kot...Kak Ton tak berapa pasti...kalau nak tanya lebih banyak info pasal tepung  ni nanti kak ton bagi contact details korang tanya lah yek. 

 SHIDA HASHIM
012-481 2892
nor.rashida@gmail.com



Sesi persekolahan bermula...

Assalamualaikum...



Cuti pertengahan penggal pertama telah berlalu.Bagi anak-anak yang pulang ke asrama sudah tentu ada hati yang tertinggal kat rumah.Jasad sahaja yang ada kat sekolah tapi minda tu masih kat rumah.Bagi anak ibu yang telah ibu dan abah hantar ke asrama tu harap dapat menjalani kehidupan pada hari persekolahan dengan lebih bersemangat lagi. Untuk anak ibu yang berada di asrama tu harap semuanya ok.

 Esok, sesi persekolahan bermula selepas cuti 1 minggu. Adik-adik, jangan lupa siapkan kelengkapan sekolah. Masih sempat lagi nak beli barang-barang sekolah yang TERhilang dan yang rambut panjang sudah tahu apa yang patut di buat..jangan esok ge sekolah berrambut balik kepala botak... 

Mulai esok, anak-anak tidak boleh bangun lewat lagi. Kita perlu bangun awal dan balik rumah lebih lewat. Para guru dan murid akan bertemu lagi. Bagi setiap ilmu yang dicurah dan ditadah, semoga semuanya diberkati dan dirahmati Allah. Selamat maju jaya


WordLess WedNesday 30#




27 Februari 2014 (Khamis)
1.00 pagi - 4.00 pagi
Alhamdulillah time ZZzzzzz



Cuti Ganti Sekolah 2014



Cuti Ganti Sekolah 2014 - Cuti ganti sekolah yang saya kongsikan adalah yang terbaru dan terpakai untuk perayaan Tahun baru Cina yang bakal menjelang penghujung bulan Januari 2014 ini.


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran bertarikh 31 Disember 2013, Cuti Ganti Sekolah 2014 adalah sebagai panduan dan persediaan pihak sekolah untuk merancang percutian di sekolah masing-masing.



Cuti Ganti Sekolah 2014  


1. CUTI GANTI TAHUN BARU CINA 2014




2. CUTI GANTI HARI RAYA AIDIL FITRI 2014






3. CUTI GANTI PERAYAAN DEPAVALI 2014


Namun begitu jika ada perubahan pada saat akhir, pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap cadangan cuti ganti sekolah 2014 yang dikongsikan di atas. 

Semoga cuti ganti sekolah 2014 di atas dapat sedikit sebanyak membantu kita merancang jadual cuti bersama keluarga tercinta.




Manfaat Senyum Yang harus kita ketahui

Selamat pagi, nih posting  di hari minggu pertama di tahun 2014 tentang:



Pada posting yang cukup menarik kali ini, yaitu Fakta Tentang Manfaat Tersenyum yang perlu Anda ketahui. Anda harus tau manfaatnya, maka dari itu setelah membaca artikel Manfaat Senyum ini harus sering-sering tersenyum.Berikut 10 Tips Manfaat Tersenyum :

1.Senyum membuat kita lebih menarik
Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik 
tersendiri.Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita, tetapi sebaiknya senyum bisa membuat mereka tertarik.

2.Senyum memgubah mood kita
Ketika kita merasa jatuh atau "down" cobalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.

3.Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum
Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah
mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat oarang yang ada sekitarnya. Seringlah tersenyum maka Kamu akan disukai oleh banyak orang.

4.Senyum dapat mengurangi stres
Jika tanda-tanda stres menyerang kamu, maka wajah Kamu sangat tidak enak untuk dipandang, sesegera mungkin untuk tersenyum kerana senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang stres, lelah atau merasa "down". Jika Kamu sedang stres cobalah untuk tersenyum, maka stres Kamu akan berkurang dan Kamu akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

5.Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh
Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika Kamu tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan Kamu menjadi lebih rileks.

6.Senyum menurunkan tekanan darah
Ketika Kamu tersenyum, maka tekanan darahmu akan menurun. Jika Kamu gak percaya, Kamu boleh mencubanya sendiri, jika Kamu memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah.

7.Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin
Beberapa study telah menunjukan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, pereda rasa sakit yang alami, serta serotonim. Senyum memang ubat yang alami.

8.Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat Kamu terlihat lebih muda
Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat Kamu terlihat lebih muda. Jika Kamu ingin sesuatu yang beda, maka berikan senyummu sepanjang hari, maka Kamu akan terlihata lebih muda dan merasa lebih baik.Kerana itu dapat Menghilangkan Jerawat juga.

9.Senyum membuat Kamu nampak suskses
Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cobalah tersenyum saat Kamu melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat Kamu akan merasakan sesuatu yang berbeda dan sukses.

10.Senyum membuat Kamu tetap positif
Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Sulitkan? Kerana
ketika Kamu tersenyum maka senyum tersebut akan mengirimkan isyarat ke tubuh Kamu bahawa "hidup Kamu saat ini baik-baik saja".
Maka jauhkan diri kamu dari depresi, stres dan rasa khawatir dengan satu kata yaitu "senyum", tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap Kamu kurang waras. Haha


Sumber :FB








Hogoh Pahang Hogoh

Assalamualaikum^^
Bismillahirrahmanirrahim

"BANGKITLAH , KITA RAIH JUARA PIALA MALAYSIA"

*PAHANG KELANTAN * 03112013 * STADIUM SHAH ALAM * 845MALAM * LIVE :801 & RTM1 *




"Ya Allah , tolong bantu kami untuk menang kerana kami sentiasa mahu menang. Tetapi jika kami tidak menang, maka berikanlah kami kekalahan yang terbaik. Kerana, apabila datangnya satu pasukan yang hebat menentang kami, kami tahu hanya ada dua keputusan, menang atau kalah. Apa yang kami mahukan , perlawanan yang menarik di Final Piala Malaysia ini"

Amin


*** Apa yang kita perlukan kerja keras dari pemain Pahang dan sokongan serta doa dari penyokong Pahang. Semuanya tidak mustahil dengan izin Tuhan. Sudah tiba masanya semua rakyat Pahang kembali bersatu padu menyokong pasukan Pahang walau apa juga keputusan di SHAH ALAM nanti. Pegang kata azimat ini, "Kulihat, ku sokong, dan ku banggakan".



FOLLOW INSTAGRAM maszie6171


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^

Yeahhh..  Baru nak mula.. Khas untuk tatapan semua.. Sekadar kongsi gambar berkaitan resepi, bahan2 kueh  , bahan jualan… Apa apa aje yang menarik







14 Hari Lagi... Ramadhan Al Mubarak 1432 H





Kami menunggu mu wahai ramadhan..

2 minggu lagi..kadang terasa lambat, kadang terasa cepat..
Menunggu tanpa sebarang persediaan tidak akan memberi makna. Ibarat menunggu tarikh mula peperiksaan..

Ramadhan bulan ujian..bukan sebagai beban, tetapi meningkat iman..


semoga Allah memberi keizinan untuk semua mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia...

YA ALLAH,BERKATKANLAH KAMI DALAM BULAN RAJAB DAN SYA'BAN DAB TEMUKANLAH KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in