skip to main |
skip to sidebar
Showing posts with label
CETA PEDOOH LOGHAT DAEROH PAHANG.
Show all posts
Showing posts with label
CETA PEDOOH LOGHAT DAEROH PAHANG.
Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"
Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."
Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"
"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"
"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"
"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"
"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"
Muin : "Ooooo, baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"
"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."
Wallahualam...
Allah mengetahiu segalanya......
Assalamualaikum.. Tak jawab dosa.. Kalau jawab sayang..
Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program stesen radio Hangus FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya.
Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat.
Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu.
Dengan penuh berbudi bahasa dan sopan santun, pramugari tu tegur, "Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?"
"Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini"
Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya. Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.
Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir "Pak cik, boleh tengok tiket?"
Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.
"Oooo..pak cik nak pegi KL ye pak cik?"
"Ya nak" Jawab Pak Pandir.
"Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!"
Pak Pandir pun terkasima...terkejut!
"Laa...ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau."
P/S:Gelak2 ujung minggu...
Assalamualaikum^^
Selain dari noreh getoh, buntat jugek ada membele (pelihara) bebiri ( Kambing Biri-biri).. Sb Buntat ni jenih tekun dan jenih ander mujur… ternakan dia membiak…sehingga mendapat perhatian orang surat kabor.. ini adalah sedutan temubuei tersebut ……
Wartawan: "Baguslah ternakan biri-biri saudara. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?"
Buntat: "Boleh aje..."
Wartawan:: "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Buntat: "Yang mana se,, hok putih ke itam?"
Wartawan:: "Yang putih."
Buntat: "Mengkalo yg putih 6 km sari."
Wartawan:: "Yang hitam?"
Pakcik : "hok itam pun sama..'
Wartawan:: "Berapa banyak pluak rumput biri-biri ni makan setiap hari?"
Buntat: "Yang mana se,, hok putih ke itam?"
Wartawan:: "Yang putih?"
Buntat: "oo kalo yg putih dalam 6 Kilogram sari."
Wartawan:: "Dan yang hitam?"
Buntat: "Same jugek..."
Wartawan: "Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Buntat: " Yang mana se,, hok putih ke itam?"
Wartawan : "Yang putih?'
Buntat: "emmm....yang putih bolehlah dalam 8 kilo setahun."
Wartawan:: "Dan yang hitam?"
Wartawan:: "emm same jugeklah..."
Wartawan:: "Kenapa saudara membezakan biri-biri yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?"
Buntat: "Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu koi yang punye."
Wartawan:: "Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?"
Buntat: "Yang itam pun koi punye jugek”
Wartawan : &*^**)%&%&%*(
JANGAN BANYOK NGAT MAKAN DAGING ...........:a

SUMBER : I LOVE PAHANG
Assalamualaikum^^
Berbagei ragam..anekor kerenoh dan peel...perentan hari raya korban ni.. almaklumlah..bila ianya melibatkan binatang korban dan manusia... adengan2 yg tak dijangke kekadang berlaku..tapi tulah rencoh yg menjadi sedap dan seronoknya... dan dlm satu kg telah menjadi "bene" dek kerana kehilangan lembu yg nok dikorban:-Jantan : Tok 4 !!!! lembu yg koi tambat beloh baruh te dah ilang..
Tok 4 : aihh yerrrr goner boleh ilang...
Jantan : Ni x der keje org lain lah nie... ni mesti buntat punye keje..
Tok 4 : Tak baik nuduh gitu... moh !!! kite g umoh dia...
Maka, wokmer berdua te, pergilah kerumoh buntat, sesampei je...
Tok 4 : Nape Buntat oak curi lembu jantan yg tambat beloh baruh ??
Buntat : Mana ada koi curinya.. koi x curi lalu..
Jantan : Sempudei aok.... tu mende..yg bawoh pokok mutan te.. tu lembu koi, koi kenei ngat!!!...
Buntat : Jantan !! oak jgn jgn tuduh koi yark... koi x mencuri lembu te..
Tok 4 : Dah tu kenapa lembu te ada situ..
Buntat : Tok 4, Jantan.. gini citer nyer...
Jantan : Aok jgn nok ngakei ke kome buntat...
Buntat :Ayoh koi suruh koi amik tali lembu te... kan awok jugek minjam dulu jantan.. kek nyer bila koi ngambik tali te.. lembu te nonong je ngikut koi.. x sampei hati pulok koi nok ngalor nyer..jadi koi heretlah ngan tali te... sumpoh !!! tok 4.. koi nk tali je..bukan lembu...
Tok 4 & Jantan : ^* %()))_^$(( hampuras !!! aok buntat...
Selamat berehat dihari raya...esok dah keje ke...:a
SUMBER:I LOVE PAHANG