skip to main | skip to sidebar

MaSZiE

KU TULIS PAKAI HATI

Pages

  • Home
  • TEMPAHAN
  • CREATIVE IDEAS
  • FAV. COLLECTION
  • CUTI2
  • DOA & ZIKIR
  • RECIPES
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Udang Sambal Sayur Leek

Assalamualaikum..

Sayur leek yang dikategorikan dalam keluarga bawang putih,mempunyai banyak khasiatnya,antaranya....melindungi anda dari kanser prostate,kanser rahim dan kolon.Bahkan ia juga membantu menurunkan paras darah tinggi dan menaikkan taraf kolestrol yang baik.Daun hijau pada leek bersifat antioksidan.

Oyster mushroom juga memainkan peranan pengoxidan dan tinggi serat fiber..Ia juga melindungi anda dari kanser.

MasZie berkongsi Resipi Sambal Udang Sayur Leek. Resipi ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan makan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi gabungan ketiga2 bahan didalam menu sambal saya hari  ini.. 

                                        

Bahan-bahan: 
10 batang cili kering 
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih

Udang Segar 
Air asam-1/2 cawan 
Minyak untuk menumis
2-3 sudu Oyster,Garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan
1 Labu Bawang Besar - Dihiris
2 batang leeks

Cara menyediakan:
1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direbus ), kisar sehingga hancur bersama-sama dengan air.

2- Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar..
3- Tumis sehingga garing dan naik minyak.. masukkan udang, sedikit belacan,Oyster, gula dan garam secukup rasa.
4-Masukkan sayur leek
5- Masukkan air asam, biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris. Tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat. Hidangkan..



~gambar kompilasi dari Google ~

 (terdapat 2 jenis leek -australian leek dan chinese leek...disini saya menggunakan chinese leeks) di potong selebar 3 inci dihiris panjang



4 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 11:58 am Labels: Lauk Pauk, My Recipes

Sawi Lobak Goreng

Salah satu cara untuk  memikat hati suami adalah dengan masakan. Ya, apalagi masakan yang simple dengan bahan yang senang dari resepi nenek moyang kita zaman dulu.
Masakan simple nie jangan padang sebelah mata selalu membuat kita bertambah nasi memilih makan di rumah daripada makan di luar. Nah, apakah Anda sedang mencari resepi masakan yang mudah tapi bisa menggoyang lidah?
Jangan khuwatir, MZ akan memberikan resepi yang senang yang bisa bikin lidah bergoyang dan hati ikut senang. Jom cuba resepi nya ...


Mana yang tak kenal sawi lobak nielah dia.

SAWI LOBAK ASIN GORENG

No.1 - Potong bawang.bawang putih,celi padi dan halia muda (tak suka tak yah bubuh)


No.2. Sawi lobak di potong goreng tanpa minyak.


No.3. Isi ayam di perap dengan lada sulah dan tepung jagung.Goreng sampai masak


Tumis bahan No.1 masukkan isi ayam yang telah di goreng .air tepung jagung tadi di campur ke dalam bahan goreng dan masukkan lobak yg telah digoreng dan sedikit sos tiram.



SAWI LOBAK ASIN GORENG

Kan dah siap. Mudah dan meriah.


Resepi yang lazat dari mulut sampai ke hati....

Akhir Salam, banyak-banyaklah berzikir kepada-NYA, moga kita semua diampunkan-NYA. Hingga ketemu lagi di lain kesempatan... Sayang semua.


16 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 1:33 pm Labels: Lauk Pauk, My Recipes

Masak Lemak Rebung



Selamat tengah hari, pagi lagi ....selamat menjamu selera.... harap apa sahaja menu yang dihidangkan pada hari ini pasti membuka selera anda sekeluarga.

Hari ini menu yang cukup ringkas dan cepat dimasak sedap dimakan.  Resepi ni buat time cuti raya cina.Dah lama terperap baru hari nie sempat nak post entry nie. Bonda selalu cakap, masak lemak cili api orang Pahang dan Negeri Sembilan tak susah.  Tak perlu banyak bahan.  Tapi yang penting lemak santannya mesti seiiring dengan kepedasan.  Pastikan santan tidak pecah minyak.  Kalau pecah minyak, ertinya masak lemak tu `failed' dan jangan ngaku orang Negeri Sembilan.  Nasib baik akak dok Selangor , kalau failed pun taklah sampai dibuang negeri,cuma terpelanting di daerah lain...ha..ha..


Bahan-bahannya:
5 - 6 ketul  ayam
300 gm rebung   - Zie beli  di dalam pasar, timbang kilo
2 cawan pati santan kelapa 
2 batang serai -  dititik
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
2 inci kunyit hidup
7 - 8  biji cili api (warna merah)
Air secukupnya
-  Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan kisar sehingga lumat.

Cara-cara membuatnya:
1.  Rebus rebung sehingga empuk (lebih kurang 15 - 20 minit).  Kemudian ditoskan .  Ketepikan.
2.  Di dalam periuk yang lain masukkan ayam bersama-sama bahan yang telah dikisar dan serai. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga mendidih.
3.  Selepas mendidih masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan ayam empuk (pastikan senantiasa dikacau supaya santan tidak pecah).
4.  Akhir sekali masukkan rebung, garam dan perasa.  Masak selama 5 - 6 minit lagi dan kemudian bolehlah ditutup api.


5 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 9:09 am Labels: Lauk Pauk, My Recipes

Masak Lemak Labu

Assalammualaikum,

Masakkan yang mudah dan simple ini cukup menjimatkan hanya perlu sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin dan nasi hangat, sudah mencukupi.Yang bess kalau masak macam nie kesukaan Along dan En.Cayang.Along bertambah2 nasi nya...

Bercakap pasal labu ini, saya mendengar kuliah berkenaan sunnah Rasulullah di mana Rasulullah memakan labu. Jadi dihuraikan bahawa apa sahaja yang baginda buat, tak perlu kita persoalkan kerana pasti ianya mempunyai hikmah dan kebaikan tersendiri. Cuma kita orang Melayu yang banyak sangat pantang larangnya yang menganggap makan labu boleh  menyebabkan angin. Contoh lain ialah Rasulullah makan daging kambing dan minum susu kambing. Tapi kita pulak yang beranggapan bahawa makan daging kambing boleh menyebabkan darah tinggi dan sebagainya. Ini semua pengaruh Yahudi yang memutar belit fakta. Kenapa mesti meragui jika itu semua makanan yang dimakan oleh Rasulullah. Kesimpulannya Ustaz tu berkata, jangan persoalkan kerana apa yang Rasulullah buat adalah yang terbaik. Jika takut angin, makan lah sedikit sebagai mengikut sunnah. Haaa BETOI tak kawan2?


Jom lah tengok resepi yang saya tulis di bawah,resipi mudah,cuma mungkin tak sama gaya Maszie masak dan anda masak.... Semerbak mengharum semasa ianya sedang dimasak, hmm sangat menyelerakan bauannya...

                            


Masak Lemak Labu
Oleh: MasZie

Bahan bahan:
500 gram labu kuning - potong kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 labu bawang besar, (dihiris dan tumbuk)
2 biji cili merah, dihiris
2 sudu besar udang kering (atau ikan bilis)
Garam secukup rasa
Daun kunyit - carik
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar

Caranya :
Masukkan semua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan hingga labu lembut.

Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.

Masakkan hingga mendidih sekali lagi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.

9 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 9:08 am Labels: Lauk Pauk, My Recipes

MY RECIPES 46 :Udang Galah Lemak Cili Api



Udang Galah ni dimasak cara yang paling simple tapi yang paling sedap ikut citarasa kami sekeluarga la . Udang ni pemberian makandak time balik raya  beli dari peraiah kg so memang segar dan harganya cukup murah sekilo RM50 . Sekarang ni musim udang bertelur so isinya banyak dan sangat-sangat manis , alhamdulillah sedap ^_^


❤ Udang Galah Lemak Cili Padi❤

BAHAN-BAHAN :

2 kiloUdang Galah
1 biji kelapa ~ 4-5 cawan santan - kalau tak cukup tambah sikit lagi
Cili api
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping

CARA MEMASAK :


Bersihkan Udang   . Semua cili padi dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak Udang ni akan bertukar warna .



0 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 4:00 pm Labels: chef at home, Lauk Pauk, My Recipes, UDANG

MY RECIPES 45 :Ayam Goreng Berempah


❤ Ayam Goreng Berempah❤

Bahan:

Bawang putih
Halia
Serai
Jintan Putih
Jintan Manis
Gulla
Garam
Gula Melaka
Kunyit
Rempah Kari

*semua bahan diblender hingga hancur
*lebihkan bawang putih dan serai...sukatan tu...agak-agak saja
*blender banyak-banyak dan simpan dalam freezer...kalau nak guna ambik lumur jer kat ayam @ daging...sedia untuk dibakar @ digoreng..
*kalau goreng...pastikan guna api yang perlahan...

so tu lah cter kita ari ni...da selamat menjamu selera loh...ptg nanti kalau tak hujan nak jogging kat tasik sebab sik makan nasi je lately ni so badan da makin membelon loh...ohhhh tidakkkkk :)

Selamat Mencuba !


0 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 3:30 am Labels: AYAM, chef at home, Lauk Pauk, My Recipes

MY RECIPES 33: RENDANG AYAM TANPA SANTAN



Pagi ni zie share satu resipi rendang ayam tanpa santan, ramai dah call bising2 bila nak publish redang LC errr, less colesrol less bajet  nak masak rendang ayam ni, tak sabor nak buat yee sedaplah tuu!!! sebenarnya zie tak larat banyak lemak2 nie dah tak tertanggung oleh body yang gebu nie.Paham2 aje ayam bandar dah lemak time masak kita tumis tambah kerisik campur santan lagi tak sanggup yang nak makan menanti lemak berkilo2 . Sedap dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pulut kuning. Kalau makan dengan roti pon sodappp. Segala herba tak masuk anak2 tak suka.

❤RENDANG AYAM TANPA SANTAN ❤
 
BAHAN-BAHANNYA :-)


1 kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
 2 helai daun kunyit
3 helai daun purut
 1 keping asam gelugor
 500 ml air
 5 camca besar kerisik
1/2 keping gula melaka
15 belas tangkai cili kering (ikut pedas)
15 biji cili padi
garam secukup rasa 

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai


CARA MEMBUATNYA :-)
  •  Ayam garam kunyit goreng separuh masak.
  •  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.  dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan air, gaul rata dan biar hingga mendidih. Tambah daun limau purut,  kerisik dan juga asam gelugor. Gaul rata2 dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah  gula melaka gula dah cair masukkan ayam goreng tadi.
  • Bila rendang hampir kering, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun limau dan kunyit yang diciat2, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi...
p/s sedap bagitahu kawan..taksedap telanajor salah diri sendiri...hehe

 
5 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 1:00 am Labels: AYAM, chef at home, Lauk Pauk, My Recipes

MY RECIPES 15: Cencaru Belah Belakang

  ❤ Cencaru Belah Belakang

Nak resepi berbuka puase yang simple patut uolls cuba..




Bahan A
4 ekor ikan cencaru
Minyak untuk menggoreng

Bahan B (Untuk Sambal)
-Dikisar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah + 6 tangkai cili kering
sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
air assam jawa

daun kunyit di mayang

Cara Membuat
  • Ikan dibelah pada bahagian belakang dan dicuci bersih.Ditabur bedak (garam & kunyit)
  • kesemua bahan di atas digoreng dengan sedikit minyak seperti masak sambal
  • Masukkan bahan sambal di belakang ikan cencaru.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
  • Terbalikkan ikan supaya garing pada kedua-dua bahagian.
  • Balance sambal boleh dicurah atas ikan
  • Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan
  • Hiaskan dengan salad dan limau kesturi.Limau kesturi boleh diperah semasa makan bagi menambahkan perisa sambal dalam ikan.

  • ok dah siap


0 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 9:17 am Labels: chef at home, IKAN, Lauk Pauk, My Recipes

MY RECIPES 3: Ikan Kerai Masak Lemak Cili Api Tempoyak


Assalamualaikum wbt,

Kenyang sudah saya makan hari ni. makan apa? Balik mengundi aritu Makandak bagi ikan kerai dan ikan patin.Maaflah yer..ikan patin saya tak bertegur...bukan anak pahang jati(aterrr...tekak tak lalu,nak telan macam mana...) Ikan patin untuk en.cayang dan adik ELL .

Besarkan ikan tu dlm sekilo lebih gak beratnya.


 Rasa pedas dan berlemak kuahnya membangkitkan selera ketika menikmati hidangan.Sedap....sehingga menjilat jari kaki.

                                 Ikan Goreng + rempah kari


 Ikan Kerai Masak Lemak Cili Api Tempoyak

BAHAN-BAHAN:

  1. 1 ekor ikan kerai
  2. 19 biji cili padi (dikisar)
  3. 1cm kunyit hidup (dikisar)
  4. 2 batang serai / diketuk
  5. 300ml santan
  6. 400ml air
  7. 1 mangkuk kecil tempoyak
  8. Garam secukup rasa
  9. Daun kunyit



CARA MEMASAK:
  1. Ikan dah di bersihkan dengan asam ,bahan kisar,serai ,tempoyak dan air di dalam periuk.Didihkan.
  2. Kemudian masukkan santan dan perasakan secukupnya.Kacau selalu dan perlahanlahan.
  3. Akhir sekali,masukkan daun kunyit.
  4. Sedia untuk di makan
Senangkan ?Selamat Mencuba


0 comments Email About This Tweet This On Twitter Share This On Facebook
Posted by maszie71@gmail.com at 2:00 am Labels: chef at home, IKAN, Lauk Pauk, My Recipes
Next » « Main »

FEATURED IN IMPIANA dapur ~Julai - Ogos 2014

FEATURED IN IMPIANA dapur ~Julai - Ogos 2014

About Me

maszie71@gmail.com
View my complete profile

SERIMUKA PANDAN

SERIMUKA PANDAN
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs Best selling!

TALAM DURIAN

TALAM DURIAN
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs Best selling!

TALAM LAPIS

TALAM LAPIS
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs Best selling!

KOLE KACANG

KOLE KACANG
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs Best selling!

Talam Keladi

Talam Keladi
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs Best selling!

Talam Suji

Talam Suji
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs

Talam Roti Butterscotch

Talam Roti Butterscotch
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs

TALAM JAGUNG

TALAM JAGUNG
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs

TALAM CENDOL

TALAM CENDOL
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs Best selling!

TALAM Lapis Diplomat

TALAM Lapis Diplomat
Size Loyang ( 10 x10) 64 pcs

ANEKA TALAM

ANEKA TALAM

KEK MABLE SEXY &KEK COMEL

KEK MABLE SEXY &KEK COMEL
RM 35.OO (8") & RM0.70/PCS (Minimum - 50pcs/Oder)

Talam Lapis Peanut Butter

Talam Lapis Peanut Butter
Loyang Size (10 x 10) 64 pcs

ROTI SARANG LEBAH

ROTI SARANG LEBAH

PUTERI AYU

PUTERI AYU
RM0.50 SEN/PCS (Minimum - 50pcs/Oder)

APAM GULA HANGUS

APAM GULA HANGUS
RM 0.40SEN/PCS (Minimum - 50pcs/Oder)

Hokkaido Chiffon Cupcakes

Hokkaido Chiffon Cupcakes
(Minimum - 25pcs/Oder)

KOMENTAR TERKINI

Mahu Widget Ini?

CONTACT ME

Follow @maszie6171

HANYALAH SATU

Sachiko Mariot

Create your badge

Followers

Popular Posts

  • Segmen Blogging + Menang Hadiah!
  • Projector Band - Sudah Ku Tahu (Official Lirik Video)
  • AURA DAN WARNA MENGIKUT HARI
  • "Tak Kenal Maka Tak Blogwalking"
  • Souvernier from Hard Rock Penang
  • Please Come Back #MH370
  • CARA MAKAN KISMIS DENGAN BETUL
  • WordLess WedNesday 30#

Celebrity Gossip

  • Blog Sihatimerahjambu
    Lepak di Pantai Resort Waktu Petang
    12 hours ago
  • Dari Hati Bella
    Buku Skrap Sejarah Darjah 5 - Aisyah Safiyyah Azzahra
    1 week ago
  • Akif Imtiyaz
    Misi Ke Asrama Penuh Edisi Kelate
    5 weeks ago
  • ZH Blogger
    Kembali Mencari Diri yang Hilang
    3 months ago
  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
    5 months ago
  • HASRULHASSAN™
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
    1 year ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    1 year ago
  • Bubblynotes
    Unlocking New Chapters: A Glimpse into My Life Lately
    1 year ago
  • MyBlog
    Jadi Youtuber Beginner Dengan Video Projek Sekolah Anak
    4 years ago
  • P.C.L
    2020 : Mencandat Sotong Sebelum Bulan Ramadhan Tiba
    5 years ago
  • Bicara Mak Dara
    Tudung Bawal Termahal Di Dunia Milik Ahli Perniagaan 35 tahun
    6 years ago
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional
    6 years ago
  • White Barley
    WW#29 Doa Pergi Bekerja
    7 years ago
  • Dari Dapur Kak Yah
    Mee Goreng Tomyam
    7 years ago
  • INSPIRASI WANARIAHAMIZA
    Bunda, Ini Dia Resep Ayam Goreng Wangi Yang Enak Banget
    8 years ago
  • SEMANIS CHINTA
    TANAH 1EKAR UNTUK DIJUAL DENGAN SEGERA
    8 years ago
  • ◕‿◕ ♥ N A N A ♥ ✿ ◠‿◠
    #celotehnaurve : CRUSHING FANTA?
    8 years ago
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
    8 years ago
  • Relaks Minda
    3 Pilihan Perodua Axia Hatchback, Sedan Atau MPV?
    8 years ago
  • yanimn
    Bila dah Viral@Trend
    9 years ago
  • Kelab Roti & Kamus Selera
    MILK BREAD
    9 years ago
  • Aminin (dot) My
    Masalah Cinta? Pasangan Curang? Jangan Risau.. Dr. Am ada Penyelesaiannya.. Baca Ni,
    9 years ago
  • WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
    Kelas Asas Akaun - Oktober 2015
    9 years ago
  • Felixia Yeap's Official Blog
    Sayangi Kulit Anda!
    10 years ago
  • LOTS OF LOVE BY SHAKIRA
    M2B : Cerita Hamil
    10 years ago
  • Kopi Lekat | Perkongsian Manfaat
    Petua Memicit Jerawat Dengan Betul
    11 years ago
  • Bonda CooL
    Puding Swiss Roll
    11 years ago
  • Asma Azuani
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ▼  2016 (89)
    • ▼  June (1)
      • TEMPAHAN BAZZAR RAMADHAN 1437h
    • May (6)
    • April (3)
    • March (15)
    • February (25)
    • January (39)
  • 2015 (808)
    • December (36)
    • November (29)
    • October (67)
    • September (77)
    • August (113)
    • July (75)
    • June (73)
    • May (79)
    • April (95)
    • March (65)
    • February (58)
    • January (41)
  • 2014 (646)
    • December (72)
    • November (48)
    • October (36)
    • September (39)
    • August (46)
    • July (39)
    • June (53)
    • May (45)
    • April (50)
    • March (54)
    • February (83)
    • January (81)
  • 2013 (442)
    • December (70)
    • November (88)
    • October (61)
    • September (50)
    • August (34)
    • July (48)
    • June (45)
    • May (43)
    • April (3)

click utk jadi VOGUE..tq

Labels

AH5017 Aidilfitri 2014 AIR Airasia aksessori ALONG AMANDA APAM Apam Polkodot ART AURA WARNA AYAM Bagan Lalang Balik Kampung BANGKOK BANJIR BEAUTY Bejing BERITA Birthday BISKUT RAYA 2015 BISNES BREAD CAKE Cambodia CANDY BUFFET Cantik Ciptaan ALLAH.. Cartoons / Caricaturs Celebrate CETA PEDOOH LOGHAT DAEROH PAHANG chef at home Cookies & Candy Cream Puff creative ideas Creative Ideas VN Cucur Cupcakes D.I.Y Dessert DLM NEGERI DOA & ZIKIR DURIAN FAMILY Featured in Magazine fridge magnet GADGET GE 222 GOLDEN PALM 3 GOOGLE HANDBAG HOMESTAY Ice-Cream IDEA DEKORASI Ideas for Decorating Cakes Ideas for Decorating CakesCookies & Candy Ideas for Decorating FOOD IKAN INFOrumahtangga INFOsihat IRFAN ISLAM PALING INDAH ISU SEMASA JADUAL IMSAK & BERBUKA PUASA 2015 WAKTU SELANGOR Jelly Jem Nenas Jenis Jenis Talam Jenis2 Kuih Muih Tempahan JOM CUBA JPO JOHOR Kebesaran ALLAH KEK COMEL KEK MABLE SEXY KELANG KENDURI KOLEKSI INFO & TIPS Laksam Lauk Pauk Legoland JOHOR LUAR NEGARA Madah Inspirasi Magazine IMPIANA dapur MAHER ZAIN Makan Di Mana Malay Kueh Mueh MH17 MH370 Million Aura Muffin/Brownies My Advert My Anniversary my Announcement My Baiti Jannati My BAKING INFO & TIPS My Bell My Best Friend Forever.. BFF MY BLOG My Cooking Class My Cuti2 malaysia My Deco Plate My En.Cayang My Entertainment My Favorites Collection My Feeling My Fridge Magnet My Hello Kitty My KeyChain My Knowledge MY LIFE My Memory My Motivation My NUFFNANG My Paloma Garden My Plate My Preloved My Recipes MY REMINDER my resepi My Sharing My Shopping My ShortGlass My Souvernir My Story My Travel. MY WISH LIST Nasi NOODLES Oder Ceam Puff Ohsem Pastery Puff PATTAYA Pesawat QZ8501 PETUA DI DAPUR PIZZA portmeirion PUASA PULUT LOVE ramadan 2013 RAMADHAN Raya 2013 / 1434 H Raya Aidil Adha RAYA AIDILFITRI Recipes Recycling Ideas Roti Salam Jumaat Salam Maulidur Rasul Salam Takziah Sambal Sambal/Pencicah Sampul Duit Raya Eksklusif SEGMEN BLOGGER SEMINAR Sharing Is Caring Sing A Song Soup TALAM TALAM JAGUNG tart TELUR TEMPAHAN TEMPAHAN APAM GULA HANGUS TEMPAHAN APAM LOVE TEMPAHAN APAM PISANG TEMPAHAN CHEESE TART TEMPAHAN COOKIES TEMPAHAN FROZEN TEMPAHAN FRUIT TARTLET TEMPAHAN HOKKAIDO Cup Cakes TEMPAHAN KEK COMEL TEMPAHAN KEK MABLE SEXY TEMPAHAN KEK MINI TEMPAHAN KUIH BAKOR PANDAN TEMPAHAN MASZIE'LICIOUS TEMPAHAN MASZIE'LICIOUSE TEMPAHAN MUFFIN TEMPAHAN NASI LEMAK TEMPAHAN PAVLOVA TEMPAHAN PUT3 AYU TEMPAHAN ROTI TEMPAHAN TALAM terengganu Tips TOK GURU Tricks & Tutorials Tsunami Ucapan Dari Hati UDANG Vietnam WESTERN FOOD wishes wordless wednesday YouTube

❤❤N. BLOG ❤❤

Follow this blog
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in