MY RECIPES 33: RENDANG AYAM TANPA SANTAN



Pagi ni zie share satu resipi rendang ayam tanpa santan, ramai dah call bising2 bila nak publish redang LC errr, less colesrol less bajet  nak masak rendang ayam ni, tak sabor nak buat yee sedaplah tuu!!! sebenarnya zie tak larat banyak lemak2 nie dah tak tertanggung oleh body yang gebu nie.Paham2 aje ayam bandar dah lemak time masak kita tumis tambah kerisik campur santan lagi tak sanggup yang nak makan menanti lemak berkilo2 . Sedap dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pulut kuning. Kalau makan dengan roti pon sodappp. Segala herba tak masuk anak2 tak suka.

❤RENDANG AYAM TANPA SANTAN ❤
 
BAHAN-BAHANNYA :-)


1 kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
 2 helai daun kunyit
3 helai daun purut
 1 keping asam gelugor
 500 ml air
 5 camca besar kerisik
1/2 keping gula melaka
15 belas tangkai cili kering (ikut pedas)
15 biji cili padi
garam secukup rasa 

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai


CARA MEMBUATNYA :-)
  •  Ayam garam kunyit goreng separuh masak.
  •  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.  dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan air, gaul rata dan biar hingga mendidih. Tambah daun limau purut,  kerisik dan juga asam gelugor. Gaul rata2 dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah  gula melaka gula dah cair masukkan ayam goreng tadi.
  • Bila rendang hampir kering, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun limau dan kunyit yang diciat2, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi...
p/s sedap bagitahu kawan..taksedap telanajor salah diri sendiri...hehe

 

5 comments:

  1. terima kasih saya cuba resepi ye...

    ReplyDelete
  2. Yg kuih2 loyang tu brp rm ye

    ReplyDelete
  3. Sy nk tanya brp rm utk seloyang kuih2 tradisonal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga dari rm32 - rm40. untuk lebih detail wassap 017-6950072

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in