Zakat di Hati

Assalamualaikum^^

Huhu...tajuk tak boleh blah...

Ok, jom kita jenguk2 pasal zakat pendapatan ni..bukan apa, pagi tadi teman En.Cyg bayar Zakat ..


Menunaikan zakat adalah salah satu dari Rukun Islam. Ianya merupakan cara untuk menyucikan harta. Salah satu dari zakat yang wajib ditunaikan adalah Zakat Pendapatan.
so 

perjalanan kami dari rumah alhamdullilah segala2 nya di permudahkan...traffic light yang kami tempuh semua HIJAU ,lori dan kenderaan lain macam tau2 aje memberi laluan...sesampai di depan Kaunter  Lembaga Zakat Klang Sentral parking kosong bawah pokok lagi redup...kami  masuk aje nombor terus di panggil ...Alhamdullilah (bonda selalu berpesan perkara yg elok JGN dilengah2kan...:')


 zakat menyucikan diri dan harta yang kita peroleh dariNya :') di samping memberi pada yang lebih memerlukan :)


kali ni kami dapat buku :-)

Dalam satu hadis yang dipetik dari buku Fadhilat 'Amalan Berdasarkan Hadis oleh Syeikh Mahyudin Achi:

Maksudnya:

Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati pesakit kamu dengan bersedekah dan tolakkan bala itu dengan doa.





Lagu Zakat di HATI



Dalil yang menyatakan wajib zakat:

Firman Allah S.W.T.:

"Wahai orang2 yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik2 dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu"
~Surah al-Baqarah (ayat 267)


 selesai berzakat baru senang hati nak sarapan yea...:-)

kami sarapan di Pak Li Kopitiam 
dan
 terus ke giant beli barang dapur ....

nie hasil tangkap kami..tak banyak kali nie 

sesampai di guard house,pak guard (aner) kata air sudah ada :-)


apa lagi operasi kain baju dan kemas rumah ler...




Atas segalanya, marilah tunaikan zakat demi kemanusiaan dan agar Allah sayangkan kita! Jangan berlengah lagi.. Kalau bukan sekarang, bila lagi?


Wallahu a’la wa a’lam.



13 comments:

  1. Bersamalah kita semua menjaga tuntutan berzakat ini.. t kasih atas peringatan & perkongsian ini Maszie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedekah- tangan kanan memberi tangan kiri elok tak tau,tapi kalau bab zakat ni,lagi di hebahkan oleh pihak lembaga zakat(bukan individu yg bayar zakat) bagi tujuan motivasikan ramai lagi ummat islam mengeluarkan zakat bukankah lebih bagus.Lebih ramai yg tertarik maka lebih ramai lagi yg bayar.

      Delete
  2. thanks for this great reminder sis, kalau ada rezeki yang lebih elok kalau kita berzakat kann???

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome,cukup kiraanya zakat tetap wajib dikeluarkan oleh sesiapa yng layak..

      Delete
  3. Assalamualaikum dan salam singgah petang Sis..selamat berzakat Sis ..semoga dengan berzakat dapat membantu mereka yang sangat memerlukan..terima kasih sis atas perkongsian Sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Mardiah... amin.... terima kasih....Zakat...anugerah Allah buat umat.

      Delete
  4. Jom BERZAKAT Gar Hidup Kita Bertambah BERKAT ..Insyaallah ..

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat

    memang betul, bila kita berzakat, menderma..in shaa Allah, Allah akan beri lebih lagi..mungkin rezeki dari segi sihat,tenang, hepi..

    ReplyDelete
  6. Macamana ye pengiraan untuk zakat harta ni ye Kak Mas.
    X pernah plak buat...huhuhu. Nak buat la start tahun ni....
    Semoga pendapatan yang sebelum2 ni berkat lah hendaknya, semoga amalan sedekah selama ni diterima oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...silap plak. Pengiraan untuk zakat pendapatan... (^^,)

      Delete
    2. sng je dik
      http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/
      klip Kalkulator Zakat
      dia tolong kirakan utk kita...
      inshaallah...

      Delete
  7. banyak kebaikan berzakat ni :)

    ReplyDelete
  8. zakat mmg wajib, terima kasih kongsi di sini..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in