TALAMS CLASS

Salam buat adik-adik sekelian..

Sabtu 08.03.14 saya join kelas membuat talam dengan  Ibu Azzah & Ustazah Maziah Jusoh The TALAMS PROJECT 2014 DI PROJEK MASAK D'DAPUR (KUANTAN). Yang pertama akak attend a cooking class untuk tahun nie dengan bayaran RM200.Memang berbunga2 pergi bertiga dengan kakak ku tersayang ...hampir 20 tahun tak naik bas tuhan ajer yang tahu punya lah takut...demi mencari ilmu ku gagah jua KLANG-KUATAN (Jumaat 7:45mlm)

sambil menalam hati asyik teringat isu kehilangan pesawat Boeing 777-200 kepunyaan MAS (Malaysia Airlines)iaitu MH370.Nasib 239 penumpang dan krew juga masih belum diketahui.

Terus berdoa dan berharap sesuatu yang baik dan positif.Semoga berlaku keajaiban yang mampu menceriakan semua orang terutama ahli keluarga mereka yang terlibat.


Projek Masak D'Dapur MZ
3 saudara bersama sifu...

biarlah gambar menunjukkan cerita..

Projek Masak D'Dapur MZ
Projek Masak D'Dapur MZ


Projek Masak D'Dapur MZ
 seronokkkk...Ustazah Marziah ajar kitorng tip talam dan doa2... disamping 

tambah ilmu dpt tambah rakan kan...
Projek Masak D'Dapur MZ


Projek Masak D'Dapur MZ
Antara aksi seksi dan gelagat sporting peserta sepanjang hari ini.

Sehingga jam 1 tgh,kami dah sediakan 9 jenis talam.Kami berhenti rehat sebentar untuk makan tengahari dan solat. Sambung balik dan buat lagi menalam seterusnya. Walaupun agak memenatkan dengan cuaca yang panas sekarang nie bagi saya dah lama dah tak berada didapur dari pagi sampai jam 5 petang tapi ia pengalaman yang amat-amat berbaloi.inilah serba sedikit gambar yang boleh dimuat turun dalam blog ini.

Projek Masak D'Dapur MZ


Projek Masak D'Dapur MZ



Projek Masak D'Dapur MZ

ANIEKA JENIS TALAM MZ

Berakhir sudah The Talams Project ptg ini. Masing2 membawa pulang aneka talam yg ditalam bersama hari ini.

mesti cuba. "PRACTISE MAKES PERFECT!!!"

saya petik kata2 "Prof Dr Muhaya"  ilmu haruslah dibayar dan bukan diperolehi dengan percuma.. 

Projek Masak D'Dapur MZ
kami 18 org peserta bekerjasama menalam yang menjadi KILLER FOOD Ibu Azzah..
takmo cakap banyak-banyak tapi memang WALLA  & BEST GILER....

jika berminat nak join..jangan ragu-ragu lagi ,The TALAMS PROJECT 2014 memang macam "goreng pisang panas"... sekejap sahaja full...booking sekarang sebelum terlambat... tak rugi join class ini...kerana hasil air tangan yang anda sajikan dapat mengeratkan lagi nilai kekeluargaan seisi keluarga dan sahabat handai...

Berbaloi dengan harga RM 200 sahaja.. termasuk makan minum.. datang lenggang kangkung sahaja..


 sila SMS/Whatsapp :  ibu azzah di no 0199541555



6 comments:

  1. Wahh menarik ni kak Mas.. sedap tengok kuih2 talam tu.. warna warni & meriah sekali.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk pic dah menarik kan EN.Khir..tu lah yg MZ rasa selama nie..ge hotel atau event2 tgk kuih talam dia mcm nie berkobar2 teman nk belajr..belom rasa lagi tu...

      Delete
  2. Wah bertalam2 kuih talam, berwarna warni! Ya! bukan mudah utk mendapatkan ilmu, perlu pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit...tetapi berbaloi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata BM berbaloi2 tak sia2 MZ lawan ketakutan naik bas...demi ilmu dan En.cyg dan anak2 suka sggt kuih talam nie...:P

      Delete
  3. lama x makan kuih talam.. dulu masa ada tok wan selalu jugak beli kat pasar malam..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in