Talam Cendol...percubaan pertama



Talam Cendol nie saya buat semalam selepas tawaf seharian mencari cendol  di Setia Alam..yelah belom bulan puasa lagi, susah nya untuk mendapatkanya hanya terdapat di Giant .Warna hijau Cendol tak menarik rasa agak lama juga dalam esbox Giant tapi tak apalah kalau dah teringin sangat nak makan Talam Cendol.

Saya semalam selepas masak Mee Soto terus menalam.Sorang2 kat umah buat kerja tak da sapa yang nak kacau. Happynya bila kuih talam nie menjadi dengan elok dan sedappppppp sangat (bukan puji diri sendiri tapi puji resepi nie). Bahagian bawahnya walaupun kelihatan cendol sedikit dan cendol tak berapa hijau warnanya tapi tidaklah ketara sangat sebenarnya.....just nice sebab nanti jumpa cendol fresh kita buat lagi. memang puas hatilah dengan resepi nie. Saya tak dapat ambik gambar dengan cantik sebab kamera handphone aje.....

Saya memang betul-betul puas hati dengan resepi nie.....bahagian bawahnya masin secukupnya dan bahagian atas pulak manis yang sedang sahaja....tidak terlalu manis sangat. Kombinasi manis dan masin nie memang menjadikan Talam Cendol sedap sangat. Dah banyak kali saya puji sedap nie.....makna nya betul-betul sedaplah tu. baik pergi cari Cendol sekarang dan cuba pulak resepi nie. 

*** Satu resepi Projek Masak D'Dapur telah di cuba.

15 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah petang Sis...sedapnya talam cendol tu...teringin pulak nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt ptg mardiah..hero kecik saya suka ape saje jenis kuih ... tu yg sggup berguru..

      Delete
  2. petang petang ni tiba2 terasa lapar pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ptg2 kuih talam nie mmg sesuai sgt kan farah...

      Delete
    2. Uiikks... hehehe sama lah... sedapnya cendol kat bawah tu... terasa lembik-lembik dan manis-manis dalam mulut... huish.. melelh dah ayaq liuq... :D

      Delete
  3. Tapi saya macam lebih geram kat Mee Soto tuuu ...eh lamanya tak makan soto...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca skg ni selera nasi kureng...tu yg beralih ke mee soto...

      Delete
  4. Kalaulah dekat...sanggup saya datang ke rumah nak mencuba rasa... terliur dah ni...huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh pon apa salah nya,setakat Talam Cendol mailah singgah pondok MZ...

      Delete
  5. Hidangan terbaik di musim panas & kering ni... best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum tak berkata2..seronok sgt hasil tangan sendiri yg ohsem..:')

      Delete
  6. Bunda suke makan...kalu pergi kenduri ke majlis yassin ke selalu ada...tapi tak pandai bikin...

    #DoaBuatMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg zie suka segala jenis talam nie,selama nie buat x berapa menjadi...

      #DoaBuatMH370

      Delete
  7. kak..akak buat ni kuih talam ke agar-agar cendol sorry terus tanya tak sempat nak klick sana sini intai

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in