ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua nya, semoga semua sihat walafiat ya walau apa pun tugasan berat ke ringan ke, laku kan dengan ikhlas insyaALLAH akan di permudahkan oleh ALLAH PERCAYA LAH..
Resepi Tepung Goreng Pisang Ranggup
Bahan2
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 kecil serbuk kunyit
1 biji telur & air secukupnya
2 sudu besar majerin di cairkannya
Garam secukup rasa (1/2 sudu kecil atau lebih)
Langkah2 membuat batter
Cairkan mejerin terlebih dahulu dengan api yg kecil.Sejuk kan seketika.
Satukan kesemua bahan kecuali majerin cair dan air. Bahan tersebut ialah Tepung beras,tepung gandum ,telur,santan pekat ,baking powder,serbuk kunyit dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul mengunakan tangan atau sudu.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya menggunakan tangan. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat.Jika cair tambahkan tepung beras atau tepung gandum.Batter perlu pekat lebih kurang sama pekat dengan santan kotak yea.
Settelah batter benar2 pekat masukkan majerin cair.Pastikan majerin tidak panas lagi.Kacau sehingga sebati.Mudahkan cara membuat nya.
sekarang boleh mengoreng dengan minyak yang panas.Batter ini boleh digunakan untuk mengoreng cendawan,keledek,cempedak,tempe dan cendawan goreng.
Ini lah hasilnya.Kalau dihidang terlajak laris...cepat aje habisnya.
semoga resepi ini menceriakan lagi juadah hidangan petang anda.Selamat mencuba.
sedapnya kalau dapat makan ni... lapar pula tiba2...
ReplyDeleteakak baru aje siap kek karemel..slmt dah sejurin :P
DeleteAssalamualaikum dan salam singgah di petang Jumaat Sis...nampak sedap jer pisang goreng tu...first time tengok pisang goreng jenis potongan macam tu...selalu yg main belah dua atau tiga jer..
ReplyDeletewah...1st time nampak resepi cengini sis..sy nak try...mesti sedap ni
ReplyDeletextipu mmg rangup dan sedap..slmt mencuba
DeleteLayan makan sambil menonton tv best ni.. :)
ReplyDeletekita suka makan kulit goreng pisang yang rangup tu mas..tapi tak nak yang berminyak sangat..nanti rasa mual..
ReplyDeleteNak cuba gak lah nnt..
ReplyDeleteditambah pulak makan dengan sambal kicap.umphh sedapnya makan diwaktu petang camni :)
ReplyDeletesambil sembang2 rebut2 xsedar sesisir pisang goreng habis....
ReplyDelete