Karipap

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^

 Karipap ni akak buat semalam.Suka makan karipap, tapi malas nak buat..akak tak SUKE karipap pusing...pening arr..Gitu kisahnya...dalam banyak anak along yang paling SUKE karipap...Selalu beli kentang dengan niat nak buat inti karipap, tapi asyik jadi benda lain...buat cucurlah...:P, maklum..ribut M melanda selalu bila time nak buat inti karipap.
Ianya mudah dan sesuai untuk dibuat jualan atau untuk makan sendiri.Lagi satu ia boleh difrozenkan. Susun karipap dalam bekas plastik atau tupperware tetapi setiap lapisan alas dengan plastik supaya tidak melekat. Masuk dalam peti dinginbeku dan tahan sebulan. Bila hendak goreng, keluarkan satu jam sebelumnya agar ia lembut dan bolehlah digoreng. Apabila menggoreng karipap, api jangan kuat kerana kulit karipap akan jadi menggerutu atau menggelembung. Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah dengan api perlahan. Untuk menjadikan bentuknya sama besar, bolehlah gunakan acuan karipap yang banyak dijual di pasaraya. 

KARIPAP MZ

Bahan-bahan doh:
600 gm tepung gandum
130 gm majerin
150 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :
7 biji kentang bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
100 gm daging cincang
1/2 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar serbuk kari
air secukupnya
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat doh :
1. Air dan garam dilarutkan.
2. Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga rata.
3. Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
4. Uli sebentar hingga doh agak licin. Cubitkan doh sebesar bola ping-pong dan rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
5. Canaikan doh dan masukkan inti. Kelim tepinya dan susun atas dulang. Buat begitu sehingga adunan habis.
6. Setelah siap, bolehlah digoreng. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Cara membuat inti :
1. Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan daging dan biarkan ia empuk. Tambah sedikit air.
2. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air dan biarkan ia masak perlahan-lahan.
3. Apabila air telah kering, masukkan garam dan perasa. Angkat apabila kentang telah empuk. Sejukkan sebelum digunakan.

KARIPAP MZ

KARIPAP MZ

lihat..montel2 mcm tuan nye...

KARIPAP MZ
alas plastik utk simpan dalam peti ais

10 comments:

  1. saya suka makan karipap terutama karipap daging..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. karipap daging + kentang +daun sup = mabless i like

      Delete
  2. Kita suka samosa berbanding karipap sebab ada sambal ikan kat dalam...

    ReplyDelete
  3. sedap makan panas2 time mlm2 ni.. :)

    ReplyDelete
  4. dulu rajin tolong opah buat karipap.. uli2, kelepet2 .. susah sangat,, byk kali buat baru kemas kelepetnyer

    ReplyDelete
  5. uish!
    sedap ni
    blom penah try plak buat sndri :)

    ReplyDelete
  6. Bila nak simpan dalam peti ais, goreng dulu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. GORENG SEKEJAP UTK SEJUK SIMPAN DLM BEKAS DAN BOLEH DI SIMPAN PETI AIS

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in