PETUA MASAKAN

1. Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.
2. Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
3. Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
4. Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
5. Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
6. Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
7. Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
8. Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.




0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in