Taman Uncle Luw ~ Jiran sebelah Kanan

Salam Semua

jiran sebelah rumah saya.

Jiran saya agak berusia sekitar 60an. Dia kontrakter .Sebelah petang dia dan anak lelaki sibuk di taman.Ni hasil taman yg dia buat sendiri.hampir 2 minggu juga utk siapkan kolam ikannya.

Jiran saya juga berpengetahuan luas dalam bidang pertanian, terutamanya tentang jenis serta nama tanaman, cara penanaman dan segalanya tentang flora dan fauna .Saya suka jenis pokok2 yg uncle nie tanam

  Mari kita lihat taman uncle Law

dalam kolam nie ada ikan gapi

saya suka pokok nie duduk dalam air

alor vera nya dimasak bersama kurma cina.Katanya bagus utk sejukkan badan

 


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu (untuk diamalkan)”. 
Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang mengganggu ketenteraman jiran.
  2. Apa yang dilakukan oleh jiran tetangga untuk kebaikan janganlah dilarang atau diganggu.
  3. Sebarang gangguan dan penentangan boleh merenggangkan hubungan dengan jiran.
  4. Jiran tidak harus melarang jirannya daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat dan tidak memberi mudharat, sama ada pada bangunan atau lainnya.
  5. Kerjasama antara jiran adalah satu daripada fenomena persaudaraan islam dan imbangan sosial.

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in