MY RECIPES 21 : Nasi Apple Bonda




 ❤  Nasi Apple Bonda

bahan-bahannya:-
4 pot beras ~ kualiti beras ikut isi rumah
3 biji apple (2 biji di mesin)
1 kiub Knorr pati ayam
5 biji bawang merah (di kisar)
1 inci halia  (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
garam
sedikit perwarna hijau
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya:-


  1. Panaskan minyak @ majerin dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. 
  2. Tuang 4 pot air (apple hijau di blander bersama 4 pot air). Masukkan kiub ayam , garam (secukup rasa) dan perwarna hijau. Biarkan mendidih.
  3. Tuang  ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Masukkan  Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak.
  4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tadi. Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.
  5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak hijau, paceri nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2. Nak resepi RENDANG AYAM APPLE sila lawat http://tintanashaq.blogspot.com/2013/06/resepi-rendang-ayam-hijau.html

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in