JeniS KuiH TradisI KG Saya ..


Assalamualaikum....



Nie nak ceta sikit kueh yang paling GLAMER di kampung saya. Kuih orang Pahang.Glamer sekali di bulan Puasa.Di luar bulan puasa,daku di anak tirikan, JANGAN.Di sini tak pernah jumpa pon...balik kampung setiap hari khamis pekan sehari pasti mencari rm2.50 sekeping.

Kuih orang lama-lama ni banyak guna tepung pulut,daun pandan,daun pisang dan santan mesin sendiri (pati santan siap di kedai tak layan)kureng emm..baru lah lemak berkrim ,udah ler lemah gemalai macam pulut.Nak buat nye memang cerewet..tapi makan kejap aje lesap....



1.KUIH BADAK KUBANG....



Kuih ini juga tidak terdapat di tempat lain tetapi mungkin tidak sama rasanya dengan kuih yang terdapat di tempat lain tetapi tidak sama rasa dengan kuih yang di buat di seberang Chenor.Kuih yang berbentuk bulat menggunakan tepung pulut ,dan tepung pulut hitam,ada rinti kelapa di dalam dan berkuah santan kelapa yang berlemak dan masin,kuih ini juga sangat sedap apabila di makan waktu ia sedang panas-panas.Ia seakan-akan kuih koci ataupun kuih anak dara sebilik,tetapi yang membezakan cuma ia berada di atas daun pisang yang telah di potong bulat dan di letakkan di atas pinggan logam dan di kukus sehingga masak.


2.KUIH DODOL KUKUS....



Kuih ini juga amat popular di Chenor,kuih ini amat ringkas untuk membuatnya.Kuih ini di buat menggunakan tepung pulutdan gula merah,ia seakan-akan membuat dodol ,tetapi yang membezakan ialah cara memasaknya,ia di masak menggunakan kukus dan tidaklah dikacau seperti dodol.Apabila masak,ia akan menjadi liat seperti dodol,rasanya juga sedap.Dan di atas kuih ini akan di letakkan tahi minyak yang menambahkan lagi selera bagi pengemar kuih tradisi.

3.KUIH PEPENA...
Kuih ini tidak akan dapat di dalam Bandar atau kampung lain,tetapi mungkin juga ada tetapi tidak dapat setanding rasanya kuih pepena yang di buat oleh orang kampung jati Chenor Seberang,terutama penduduk kg pantai.Kuih yang beralaskan daun pisang,yang telah di potong bulat, kuih yang berbentuk seperti bintang yang di buat menggunakan tepung pulut,dan kuahnya pula manis dan menggunakan air perahan daun pandan,dan selepas itu di kukus sehingga masak.Apabila masak ia akan berwarna hijau dan manis,kuih ini memang sedap di makan pada petang hari..


nak resepi kuih pepena klip SINI

Resepi Kueh Badak Kubang Klip SINI

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in