❤Cucur Jagung
 
Bahan2
3biji jagung di hiris2 
1 1/2 cawan tepong gandum
11/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
sedikit isi udang (aku isi udang kering)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm (aku xletak xada)
2 helai daun kunyit  dihiris
1biji cili merah didadu
sedikit serbuk kunyit
 garam secukup rasa
1 biji telur
11/2 cawan airsuam2 kuku
Minyak untuk menggoreng
Cara2 Menyediakan
- Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
 - Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
 - Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
 - Sudu2kan cucur kedalam minyak panas. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
 - Bila dah garing, angkat & toskan.
 - Hidang jagung dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.
 




0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.