SEMINAR AURA PERNIAGAAN




Semperna kehadiran 2015 , nak berjaya dalam menjual pastikan kita sentiasa ingat melakukan 3 tindakan penting agar kejayaan yang kita mahukan sentiasa mampu untuk kita perolehi iaitu

1.Apajua kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan pada tahun 2014 jadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat kita agar tidak sama sekali kita lakukan lagi dan berulang pada tahun 2015.

2.Jangan mudah sama sekali merasa hebat dalam diri kita kerana ia membuat kita alpha , lupa dan bangga diri yang mengakibatkan sampai bila kita tidak mampu menjadi terhebat .Silap-silap nanti akan memudahkan pula kita melakukan kesilapan atau kesalahan yang sama tidak kita sedari pula.

3.Allah jangan kita abaikan sama sekali. Sama ada dalam keadaan senang atau susah , lega atau menyempitkan atau gembira dan sedih bergantunglah pada Allah sentiasa . Kita ingat pada Allah sudah pasati Allah akan sentiasa ingat juga pada kita.

Saya bersyukur sangat kerana Allah telah memilih saya untuk menyertai seminar Rahsia Aura Perniagaan pada 4.Jan.2015.Terima kasih Coach Nooraizan zie, banyak ilmu yang saya pelajari dan perolehi.Sangat mantap dan berkesan hinggakan saya dapat merasakan seluruh tubuh saya berkomunikasi dengan saya memberitahu sesuatu kepada saya bahawa saya perlu segera bangkit berjuang demi diri saya dan orang-orang yang saya sayangi.
Syukur saya dapat memaafkan meminta maaf & melupakan segala isu yang telah berlaku & akan datang.Saya lebih menyedari masa sekarang yang perlu saya hargai dan nikmati.
MashaAllah, Subhanallah, saya suka sangat dengan konsep ini. Shortform dipanggil dAdA. Rupanya ia adalah sesi bercakap dengan ALLAH. Berdoa sebenarnya, tetapi dengan cara yang lebih specific dan lebih bersahaja.
Umpama ketika Doktor sedang melakukan prosedur perubatan tertentu pada pesakitnya. Doktor akan terangkan dengan jelas apa yang bakal dilakukan nanti. Begitulah konsep dAdA, kita akan berdoa sambil menerangkan dengan jelas apa yang kita mahu lakukan dan apa yang kita ‘expect’ ALLAH akan berikan pada kita.
Semoga semua yang saya dah kutip dari sini mampu memberikan nafas segar pada bisnes yang sedang saya usahakan. Insya Allah




Apa yang sukar bagi kita sagat mudah bagi Allah.Just says thanks to Allah

1 comments:

  1. Moga dengan izinNya...kami dpat bertemu lagi..amin..
    SEMINAR RAP bersama CNZ
    Nooraizan Zie

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in