3 Rahsia dan Khasiat Susu Kambing
▍Berdasarkan kajian pakar kesihatan, susu kambing dikategorikan sebagai susu kedua yang terbaik, selepas susu ibu. Ini kerana terdapat pelbagai khasiat yang dapat diambil dari Susu Kambing. Antaranya adalah:
✔Meneutralkan kandungan asid dalam badan
✔Baik untuk masalah penghadaman.
✔Dapat merawat ulcer & gastric.
Bagaimana Susu Kambing dapat membantu menyelesaikan ketiga-tiga masalah kesihatan di atas?
Meneutralkan Kandungan Asid Dalam badan
▍Susu kambing tidak menghasilkan asid dalam darah. Ini kerana susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali. Alkali ini akan membantu untuk meneutralkan kandungan asid dalam badan manusia.
Baik Untuk Masalah Penghadaman
▍Menurut kajian, Susu Kambing mempunyai protein & lemak yang sangat halus dan lembut. Ini dapat membantu proses penghadaman menjadi lebih mudah, dan lancar. Susu kambing juga turut diakui lebih mudah hadam, berbanding susu lembu.
p/s :Susu kambing juga turut diakui mampu merawat penyakit perut seperti ulcer dan gastric. Ini kerana sifat susu kambing yang beralkali dan nyah asid, serta zarahnya yang halus.
▍Yang paling menariknya ialah susu kambing merupakan minuman Nabi SAW. Minum susu kambing dengan niat mengikuti sunnah insyaAllah dapat pahala dan menambahkan kasih sayang kita kepada Nabi SAW. Wallahualam.
“Sunnah adalah Penyelamat”
Posted by
maszie71@gmail.com
at
12:49 am
Labels:
My Knowledge
Sedap, susu kambing, tapi agak mahal berbanding susu lembu
ReplyDeleteSaya suka juga susu kambing tapi mmg agak mahal sikit berbanding susu lembu. Klu bagus pastilah mahal sikit kan.. :)
ReplyDeletewaaw baru tau ini susu kambing banyak manpaat nya.musti nyoba ini...:)
ReplyDeletetapi tekak nie mmg xboleh terima susu mcm mana ye...satu kerugian besar