Kegunaan Cheese

..just share

Teradapat bermacam-macam jenis keju dipasaran negara kita. Tetapi yang lazim digunakan dalam industri bakeri ialah seperti Keju krim (Cream Cheese), Keju Cheddar, Keju Mozarella, Keju Parmesan dan lain-lain.

Secara umumnya, keju dihasilkan daripada bahan asas seperti susu lembu, kambing atau kerbau melalui proses mendadih. Di mana bahan dadih pejal akan dipisahkan dengan dadih susu. Keju mengandungi pelbagai khasiat seperti protein, kalsium dan lain-lain.


CREAM CHEESE
*Keju krim sesuai untuk semua jenis kek,tart dan pencuci mulut.
*Teksturnya lebih lembut,berkrim dan beraroma.
*Keju jenis ini tak boleh tahan lama.
*Perlu di habiskan dalam tempoh 2 minggu selepas di buka.

MOZZARELLA CHEESE
*Ia mempunyai tekstur sedikit lembut tetapi pejal.
*Keju mozzarella diperbuat dari susu yang rendah lemak @ tanpa minyak.
*Ia mempunyai rasa sedikit masam. dengan rasa segar seperti susu.
*Dalam masakkan ia digunakan untuk menambah tekstur pada makanan.
*Tekstur keju yang lembut pejal ini mudah cair dan menyerap.
*keju ini biasa digunakan sebagai topping untuk pizza,pasta panggang,lasagna dan macaroni schotel.
*Warnanya kuning pucat.
*Selalu di datang dalam bentuk parutan.
*Ia mudah menjadi leleh jika di hidangkan bersama hidangan panas seperti pizza.




CHEESE CHESSAR
*Ia keju susu separuh keras.
*Rasanya sedikit masin.
*Ia datang dalam bentuk buku @ parutan warna keorengan.
*Sesuai dijadikan ramuan dalam kek,pencuci mulut,topping,sos dan salad.




MASCARPONE CHEESE
*Teksturnya lembut dan halus.
*Biasa digunakan dalam ramuan kek,pencuci mulut seperti tiramisu.
*Boleh juga di hidangkan bersama salad buah-buahan segar.


satu lagi cheese adalah Parmesan yang sering digunakan dalam pasta untuk memasak spageti dan lasagne.Sering digunakan dalam masakan ala Barat seperti pasta dan lain-lain.

Di pasraya keju ini dijual dalam bentuk serbuk dan lebih mudah dicampurkan dalam masakan.Saya harap,dengan sedikit penerangan ini, anda dapat memahami serba sedikit tentang enis-jenis keju yang biasa digunakan dalam masakan harian di negara kita ini.

*Sumber dari Majalah Variasi Hidangan Berkeju

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in