8 Jenis Makanan Yang Boleh Ubati Stres

Assalamualaikum ,

Sememangnya Islam menganjurkan bukan sahaja makanan yang halal, malah makanan yang baik.

Saya yakin ramai dari kita yang mampu konsisten mengamalkan makanan yang baik, tetapi Nabi mengajarkan sesuatu yang paling asas dalam menjaga kesihatan. Stress boleh menyebabkan kesihatan tidak baik.

Kaedah paling asas untuk menjaga kesihatan yang dianjurkan oleh Nabi ialah makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini kerana perut adalah lubuk penyakit.

Saya yakin untuk meninggalkan makanan dalam keadaan kita masih menginginkannya adalah satu jihad yang besar iaitu melawan keinginan nafsu makan yang tengah membuak-buak ketika itu.


Namun begitu anda dinasihatkan untuk mengambil 8 jenis makanan yang boleh mengubati stres dan dalam masa yang sama kekal menjaga kesihatan. 


1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu

Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Coklat gelap bersama kacang badam


Badam dimakan dengan coklat gelap boleh ubati stress


Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!

3. Smoothies

Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda. Cubalah!

4. Kekacang dan biji-bijian

Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.

5. Keledek

Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan ‘syok’!

6. Yogurt dengan buah beri

Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7. Kari sayur-sayuran

Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!

8. Teh hijau

Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.


Artikel di atas saya ambil daripada Majalah RAPI di bawah tajuk Ubati Stres Dengan 8 Jenis Makanan, Oleh:Emy Haznida, Rapi

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in