Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum. 

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

 Semua orang mahukan rezeki. 

 Ramai orang 'bertarung' untuk mendapatkan rezeki.
 Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup rezeki.
 Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang



BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 

Alhamdulillah, alhamdulillah di hari Selasa yang mulia ini,berjalan2 di MPH saya membeli buku "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" Bagi sahabat-sahabat yang telah pun direzekikan untuk memiliki buku MMR ini, bolehlah sebar-sebarkan kepada yang masih belum berpeluang. Jika ingin hadiahkan, lebih baik lagi. Marilah kita berramai2 ke kedai buku...

Tahukah anda...? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?

Kepelbagaian kisah yang dipaparkan , sesuai dengan hakikat bahawa yang dinamakan rezeki itu bukanlah duit sahaja.
Yang dinamakan rezeki ini macam-macam tuan...tidak larat kita mahu menghitungnya.

 Hanya Allah tempat meminta. Apa sahaja hajat di dunia ini dan hajat di akhirat nanti boleh kita minta daripada Allah

Untuk difikirkan:
Bila kita beramal, katakan dengan solat Dhuha contohnya, maka dapatlah kita manfaatnya dan pahala solat dhuha.
Katakan, kita beramal dan menyampaikan amalan itu kepada seribu orang.
Bila 1,000 orang itu, beramal dengan solat dhuha kita pun akan dapat 1,000 orang punya amalan solat dhuha masuk ke dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.

Satu lagi contoh:
Bila kita beramal, katakan dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari, maka dapatlah kita manfaat dan pahala bersedekah RM1 setiap hari.
Katakan, kita beramal dan menyampaikan (tablighkan) amalan itu kepada seribu orang. Tidak cukup dengan menyampaikan (tablighkan) kita ajak (dakwah) mereka dengan pujuk rayu dan kasih sayang untuk turut beramal dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari.
Bila 1,000 orang itu, beramal, maka kita akan dapat seribu orang punya pahala sedekah masuk dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.
Bagaimana pula bila kita ajak orang yang tidak solat kepada solat..? Orang yang pendendam jadi pemaaf...? Orang yang tidak tutup aurat dengan sempurna jadi sempurna....?
Masya-Allah...!

p/s:Kalau mengingat rezeki yang kita peroleh selama ini, rasa-rasanya malu utk memohon ini-itu. Namun tetaplah berdoa & memohon, sambil mensyukuri.


0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in