Nasi Berkhasiat Buat Keluarga

Berikut adlh cara2 utk mendapatkan nasi yg berkhasiat bg seisi rumah. In sha Allah. 



1) Dimulakan dengan bacaan basmAllah
2) Bilas beras ikut pusingan tawaf kiblat (kaabah) ATAU lawan arah jam sambil berselawat atau berzikir dan berdoa
3) Bilas sehingga jernih airnya supaya hilang segala keladak & kanji yg berlebihan itu
4) Tanak nasi seperti kebiasaan
5) Pabila nasi nak hampir kering ambil sebatang kulit kayu manis (secubit serbuknya pun boleh juga) kemudian cucukkannya di tengah2 nasi itu

*bila nasi dah siap masak, in sha Allah anda akan dapat menikmati nasi yang kaya dengan khasiat (drpd cinnamon tersebut) bagi seisi keluarga. In sha Allah.



Antara khasiat dari KULIT KAYU MANIS ADALAH :

1. Mengurangi Kolestrol Jahat
Rempah-rempah dengan citarasa eksotik ini juga boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah.

2. Membantu Mengawal Gula DALAM Darah
Kayu manis membantu mengatur kadar gula darah, sehingga baik dikonsumsi pesakit diabetes. Selain itu kayu manis juga boleh diambil bagi mereka yang ingin menstabilkan tenaga dalam badan.

3. Berfungsi Menyeimbangkan Hormon
Mengandung senyawa kimia alami cinnamaldehyde. Menurut sejumlah kajian, zat ini boleh meningkatkan hormon progesteron dan menurunkan produksi testosteron pada wanita, sehingga membantu menyeimbangkan hormon.

4. Memenuhi Keperluan Serat & Mineral
Kayu manis mengandungi sedikit serat, kalsium, zat besi dan mangan. Meskipun jumlahnya sedikit, tapi manfaat nya boleh membantu melengkapi keperluan serat dan mineral harian anda.

5. Berkhasiat sebagai anti-bakteria
Banyak digunakan untuk menyingkirkan bakteria jahat tanpa merosak gigi atau gusi. Itu sebabnya kayu manis banyak digunakan pada produk ubat gigi, ubat kumur dan cairan penyegar nafas. Khasiatnya juga boleh didapatkan dengan mencampurkan bubuk kayu manis ke dalam teh, coklat panas atau susu hangat.

6. Mencegah & Mengubati Kanser
Penelitian di University of Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Cancer, menunjukkan bahawa kayu manis memiliki manfaat dapat mengurangkan proliferasi sel kanser, baik untuk pencegahan kanser dan mengubati penderita penyakit kanser.

7. Meringankan flu
Kandungan yang ada dalam kayu manis juga dapat mengurangi flu, terutama bila dicampurkan dengan halia. Di mana kandungan anti-inflamasinya membantu mengalirkan peredaran yang baik dalam tubuh.

8. Cukup efektif dalam mengatasi perit ketika haid

9. Mencegah Penyakit Jantung
Kayu manis memiliki sifat anti-inflamasi yang membuatnya cukup efektif dalam melindungi jantung terhadap kerosakan mahupun infeksi pada jantung, terutama di arteri akibat makanan berlemak.


In sha Allah cara memasak nasi ini juga boleh mendapatkan nasi berkhasiat sepower kualiti beras Taj Mahal. Mudah2an. In sha Allah berjaya. Selamat mencuba semua!

Kredit Adasandha Anuar

5 comments:

  1. Terima Kasih Zie ...
    Sharing Is Caring ..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg sgt baik.. bab kayu manis tu mmg patut dijadikan kebiasaan dlm ramuan makanan2 yg kita hidang.. kolestrol mmg merbahaya. T kasih kak Mas atas perkongsian info.. :)

    ReplyDelete
  3. Memang banyak khasiatnya ya...bunda nak try lah letak dalam nasi tu...mesti wangi kan...

    ReplyDelete
  4. Nasilah makanan ruji sedari kecil...tanpa nasi, xlengkap rasanya makan satu hari...
    Berapa kali tukar air utk basuh beras yg paling baik?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in