Makan2 di Kuantan

Salam Khamis pembaca-pembaca belog aku ini. sekejap je dah rasa hari khamis. baru je aku rasa aku balik dari kampung aritu. tup-tup dah hari khamis dah. dah bulan April dah. sekejap je masa berlalu. makin hari makin kartu.ish-ish....baru hari nie sempat nak cerita pasal makan2, bila balik kampung rumah tinggal lama banyak yang nak di kemas,kain baju yang menggunung berkejar2 dengan air yang kadang ada kadang tak ada lap sana kemas sini ...penat Oooo nak hilang penat jom kita tengok menu menarik nie...

Cuti sekolah kali nie kami balik kampung empat hari.Bila balik kampung nafsu aku menigkat kaw-kaw punya. Lantak la berat badan naik, balik KL nanti kita jogging sampai goyang lutut En.cayang...Macam2 aku nak makan, mee calong,rojak ayam  nasi ayam Pak Lah, otak2 di Kuala Kemaman...perut nie berada di Kuantan satu hari aje...tak mampu nak memenuhkan semua senarai...

So! kali ini aku nak story sikit pasal tempat makan paling best and popular dekat kampung aku...


pic ehsan pakcik google



Masa aku pergi kali ini aku tak makan banyak benda pon. coz dari tengahari aku dah makan Bunda masak lauk semua yang special2 untuk untuk anak cucunya sampai rumah makde makan kuih muih,di rumah Mummy Lynn masak Nasi Ayam (tersangatlah sedappp nya) selepas solat maghrib kami ke satay Zul  kami tak stop makan. memang datang kedai ini pon time tengah kenyang gila tak hengat. aku tak tau pulak time ini Mummy Lynn  nak belanja kami. if aku tau aku order je banyak-banyak. then kasi bungkus. betol tak tapi apape pon thanks coz belanja aku!! next time belanja lagi. :D


TERMINAL SATAY ZUL KUANTAN
A-2600 (Tingkat Bawah) Jln Alor Akar
26250 Kuantan Pahang
Malaysia

Talian Pelanggan
09-568 7859 / 017-970 0161

Kini Satay Zul Terus Membina
Empayar Perniagaan D' Bandar Kuantan


Jenis ikan dan harga



Sebut pasal tempat makan Ikan Bakar paling best and popular dekat kampung aku, Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. mana lagi kalau bukan Ana Ikan Bakar Petai. if sebut je Kampung Tanjung Lumpur. dari dulu mesti orang kaitkan dengan tempat makan ikan bakar. bukan setakat artist-artist tapi menteri pon turun sekali pekene ikan bakar dekat Tanjung Lumpur.

cawangan  di kedai 2 tngkat akan beroperasi pada jam 10pagi bermula hari ini 25 March .. kata ajer hari ni kami dah sampai....perbagai menu ada disini yg paling menarik nadi ayam special..jom cuba kelazatan nye...




Ikan-ikan yang amat fresh. ikan yang siang tadi ditangkap terus menuju ke kedai Ana ikan Bakar ini. bukan setakat ikan. macam-macam hidupan laut yang lain pon ada. aku malas nak ambil gambar lain. perut dah menunggu makanan je time ni. terliur weiyh.


Antara pilihan menu yang kami oder


Ana Ikan Bakar Petai nie tak salah aku di tanjung lumpur aje dia ada 4 cawangan.Yang menjaga operasi kedai nie semua anak2 buah nya.Korang agak berapa keuntungan kedai Anna Ikan Bakar Petai ini sehari? huhu. korang jangan tekejut. sehari diorang boleh dapat Rm20k. bila tolak-tolak semua bayar gaji pekerja boleh untung bersih dalam RM 10k sehari. aku bukan nak cakap apa la. diorang ini kerja ikhlas. banyak buat amal. si tokeh dia banyak duit dari keuntungan dia buat masjid, madrasah, sekolah agama, rumah anak yatim and macam-macam lagi. suka bagi sedekah. memang rezeki murah.Kalau becana alam di kuantan Analah orang pertama yang menyumbang if korang tanya pekerja dia. mana nak cari beb keje kedai makan sebulan boleh dapat rm2k+? betol tak. lepas tu diorang time kerja boleh je nak makan apa sahaja yang ada dekat kedai tu. so baik ke tak baik owner kedai Ana ni. mana rezeki dia tak melimpah-limpah. so if korang nak try datang sini bila-bila aku amat galakan. tak tipu. makan sedap. harga murah. puas hati! TERBAIK!! *buat apa sahaja kene ikhlas and beramal*.


Otak2 Ana Ikan Bakar Petai

kalau pegi pantai timur wajib la try sata ok...
kat sini sata die memang superb! sedap ok... 

satah dan otak otak tanjung lumpur yg mantoppppppssss !!!!

Sata Ana Ikan Bakar Petai


angin kuat...belakang kami laut...

If yang belom tahu, nak ke kedai Ana Ikan Bakar Petai ini sangat senang. if korang dari bandar Kuantan ikut je direction ke Tanjung Lumpur. pasti akan jumpa kedai ini. just 5 minit je dari bandar Kuantan. betol-betol depan laut. terbaik!!




FB Ana Ikan BakarLINK ]
Ana Ikan Bakar Petai
Pantai Selera,
Tanjung Lumpur,
Kuantan
Tel: 019-987 8155 (Haji Baharin), 013-9989175 (Fairuz)
GPS Coordinates: N3 47.898, E103 20.388


Untuk yang duk area Bangi, Ana Ikan Bakar Cawangan Bangi pun hadooo... Cuma tak se-original Tanjung Lumpur lah. Lokasi Bandar Baru Bangi, sebelah Balai Bomba Baru Bangi 

Aku rasa bukan aku sorang aje jadi pelahap gile  baban bila balik kampung. Kompom korang pon sama juga kan ? Heheheee ??/ Ok cukup pasal makan , aku nak ge jalan jalan kat blog korang pulak.

12 comments:

  1. Sebut satay...teringat satay kajang...dah lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @bonda kami pon dah lama xperkena satay kajang ...:P

      Delete
  2. Satay mmg salah satu makanan feveret saya.. ikan bakar pun.. Thanks sharing kak Mas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. molek sgt lah tu menu fav. kita serupa.wlcome kalau ke kuantan jgn lupa singgah yea..

      Delete
  3. Satay kureng skit.. ikan bakar yess.. fav tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul kena pulak air assam yg mables siti nurhaliza lalu pon xmenoleh yea...

      Delete
  4. fae pun pelahap especially kalo perut lapar sangat2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pon kalau balik kg time nie lah nk rehatkan jari2 yg haluss...rasa masakan org lain lah pula...:D

      Delete
  5. Ala tak bgtau ..Lya kat KUANTAN ...
    Kalau bgtau ader maser leh la kita JUMPA kan Zie...
    Selalu gak ke TANJUNG LUMPUR makan2 iakn bakar petai ..
    Best kan kat situ ...kalau pergi siap pelayan duk lambai2 la suh masuk kedai diaorg walhal kiter ni PARINING kereta pon tak lg hehehehe ..sampai camtu sekali kan Zie ??
    Tp mmg best makan kat sini ..ada satu lagi tempat kat tg Lumpur gak TOP IT ikan bakar gak mmg sedapp ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya dok kuantan ke...?
      In shaa allah lain kali rojer2 boleh jumpa..TOP IT boleh juga try ,thanks beri info...

      Delete
  6. Perggghh.....meletopppp.....makanan laut...ikan masak steam....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in