7 minuman sihat kepada tubuh anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan puan,
Kesihatan sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam agama islam, Allah SWT sangat mengambil berat tentang penjagaan kesihatan.  Allah SWT berfiman yang bermaksud lebih kurang ” makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan kerana Allah SWT tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”
Di bawah ada 7 minuman sihat kepada tubuh anda dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga. Insyallah.





1. Teh hijau - Teh hijau merupakan salah satu minuman yang kaya dengan flavanoid, polifenol, antioksidan dan fluorida. Fungsi dari flavanoid, polifeno dan antioksidan adalah melindungi sel-sel pada tubuh anda dari karzinogen (zat penyebab penyakit kanser) serta mengelakkan pertumbuhan tumor. Sedangkan kandungan fluorida dalam teh hijau berfungsi untuk memperkuatkan gigi dan mencegah kerosakan pada gigi anda.

                           
2. Air kelapa - Air kelapa mengandungi banyak kalium, kalsium, natrium, belerang, fosfor dan klorida yang merupakan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Air kelapa juga membantu melancarkan pengeluaran air kencing.

                      
3. Jus lemon - Segelas jus lemon mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan yang dapat menyegarkan tubuh anda daripada rasa kepenatan. 


                       


4. Susu soya - Salah satu minuman yang menyihatkan tubuh anda. Susu soya mengandungi serat larut dan protein soya. Kandungan zat tersebut berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol jahat serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. 





5. Coklat panas - Coklat memiliki kandungan polifenol yang cukup tinggi yang dapat menghindarkan anda daripada serangan jantung dan dapat memberi ketenangan hati.

                                      
6. Jus tomato - Tomato merupakan salah satu buah yang banyak mengandung antioksidan lycopene. Fungsi antioksidan lycopene iaitu dapat menurunkan resiko penyakit paru-paru, kanser perut, pankreas, usus besar, mulut, payudara, serta kanser serviks.

                                       
7. Air kosong/mineral: berfungsi mgantikan khilangan air dalam badan/ melancarkan proses perkumuhan dll.

SEMOGA BERMANFAAT. Banyakkan minum air masak dalam cuaca panas ini, pesan kepada ibu ayah kita, pasangan suami/isteri dan anak-anak.

2 comments:

  1. Semuanya saya suka kecuali jus tomato...kurang kena sikit dgn tekak ni. Tapi paling best...no.7
    Itu perlu diminum selalu dgn banyak!

    ReplyDelete
  2. Semua saya suka.. air kelapa yg paling feveret.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in