Salam Maal Hijrah 1435H

Assalamualaikum mrt.wbkth^^
Bismillahirrahmanirrahim 

Bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1435 Hijrah bersamaan 5 November 2013 ini, MZ mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua blogger terutamanya yang beragama Islam.

"Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a.katanya:" Aku Mendengar  Rasullah SAW bersabda :- 
Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNYa. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya"

Dengan itu, saya maszie pemilik blog ini ingin meminta maaf atas kesalahan sepanjang berblogging. Mana yang terkasar tulisan. Mana entry yang tak matang. Dan untuk entry yang tak berfaedah. InsyaAllah akan pertingkatkan dari masa ke semasa. Kena banyakkan membaca untuk tambah ilmu :D

Jom kita perbaiki azam dan moga Allah jadikan kita daripada kalangan hambaNya yang bertaqwa.Jangan lupe rodong2 sume...bace doa yak...(^_^)




Salam Maal Hijrah 1435H!

Wassalam

0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in