Bagaimana mencukupkan GAJI?


awal bulan...ramai yang duit berkepok kepok time ni...

Nak nak pula lepas dapat Gaji

Alhamdullilah...rezeki masing masing...

Teringat kata kata ni pasal awal bulan/akhir bulan/setiap 

bulan GAJI tak pernah cukup... ?



"Duit gaji singgah lalu/menumpang kejap aja dalam akaun bila awal bulan/akhir bulan"
~ semoga satu hari nanti duit kita lepas ni tinggal secara tetap lah ya dalam akaun, takyah malu malu nak menumpang kejap aja...bermastautin lah dalam akaun tu...haha~


  1. Bila hari terima gaji,jangan dilupa ibu dan ayah.Perkara pertama buat, transfer dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
  2. Jangan dilupa "Tabung Haji" , memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita dusah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
  3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
  4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
  5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
  6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
  7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2.
Moga ada manfaat!

 Sumber :Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif



0 comments:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in