Salam,akak ada baca kat blog kereta mayat pasal tajuk kat atas tuh,alhamdullilah so far kita mmg jarang sgt sgt tak teman en.cyg makan kecuali en.cyg keje la kan, kalau en.cayang off day and time makan di rumah mmg sure duduk gan en.cyg teman makan n tu la buat kita terlajak makan n hancurss diet kita...hahaha tengok en.cyg makan pasti tumpang berselera akak tepek kat sini mana yg malas nak click link tuh...hehe
Degar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat bear di sisi lelaki.
Pertama:Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua:Jika mentak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut,jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh.Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sisni, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap,. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kessalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah,jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang craikan korang talak lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk urusan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius, wahai isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau cyaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dam meleleh ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti demam, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila dusah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
"Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!"
Insya Allah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
"Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang"
Woha!
P/s: InsyaAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus juta belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!
0 comments:
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.